suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kesan lebam di kaki Aurel Hermansyah jadi perhatian

Kesan lebam di kaki Aurel disebabkan terjatuh ketika Atta melamarnya.

FOTO anak kepada penyanyi Anang Hermansyah iaitu Aurel Hermansyah yang sedang menikmati percutian di sebuah pulau menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen lebih tertumpukan kesan lebam di kaki teman wanita kepada YouTuber Indonesia terkenal iaitu Atta Halilintar berbanding penampilannya.

"Kesan lebam di kaki itu disebabkan jatuh di atas kapal sebelum ini ya?" tanya salah seorang netizen di ruang perkongsian tersebut.

Aurel membalas komen tersebut dengan berselorah mengatakan dia terkejut apabila individu tersebut hanya nampak lebam di kakinya.

"Ya ampun nampak saja haha... haha. Ya, tak boleh hilang bekas itu (lebam)," kata Aurel.

Pada Julai lalu, Aurel memberitahu kakinya tersadung dan hampir terjatuh ketika berada di kapal persiaran mewah yang menjadi lokasi Atta melamarnya.

Sebelum ini, Aurel berkongsi berita gembira dilamar oleh YouTuber terkenal itu semasa ulang tahun kelahirannya yang ke-22 pada 10 Julai lalu.

Majlis istimewa itu diadakan di sebuah kapal persiaran mewah mengelilingi bandar Jakarta, Indonesia.

Sumber - Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia