suria

Kim Kardashian sekali lagi tayang punggung, pilih sendiri pakai ‘jockstrap’

Kim juga tampail dengan imej rambut baharu.

SELEBRITI sensasi Kim Kardashian sekali lagi mencuri tumpuan ramai dalam sebuah sesi fotografi bersama Interview Magazine apabila berani tampil separuh bogel.

Menurut Kim, dia sendiri yang memberi idea untuk memakai jockstrap ketika sesi tersebut walaupun pada awalnya pasukan produksi meminta dia tidak berbuat begitu.

Gembira dengan hasil gambar tersebut, Kim dalam masa sama menafikan dirinya seorang yang suka mempamerkan tubuh berbogel di khalayak (exhibitionist).

ARTIKEL BERKAITAN: Buli teman lelaki, Kim Kardashian beri Kanye West amaran

“Ini yang saya mahukan. Saya rasa ia keputusan terbaik untuk mengabaikan permintaan mereka. Saya gembira kita berjaya melakukannya.

“Saya bukan seorang yang suka berbogel,” jelasnya.

Sebelum ini, Kim juga pernah tampil berbogel dalam sesi fotografi majalah Paper dan ia menjadi sensasi kerana tindakan berani tersebut.

Menjelaskan tentang pemilihan gaya, kata Kim dia sentiasa percaya akan naluri sendiri terhadap fesyen dan memakai apa sahaja yang dirasakan selesa.

“Saya percaya diri sendiri dan tahu apa yang terbaik untuk dipakai. Saya tahu apa yang membuatkan saya selesa,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain