suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak sendiri gelar ‘attention seeker’, Britney Spears makin galak kongsi foto separuh bogel

Britney Spears sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila tampil separuh bogel di Instagram.

PENYANYI Britney Spears sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video dalam keadaan separuh bogel di Instagram miliknya.

Bintang pop berusia 40 tahun itu dipercayai bertindak demikian sebagai respons terhadap anak lelakinya, Jayden James yang tidak suka Britney mendedahkan tubuh di media sosial dan menggelarnya sebagai 'attention seeker'.

Ketika memuat naik video berkenaan, Britney turut meminta maaf kepada anak-anaknya kerana masih aktif di media sosial namun akan tetap terus menggunakannya.

BRIT

Britney bersama anak-anaknya, Sean dan Jayden.

Apa-apa pun ibu minta maaf kerana terus menggunakan media sosial. Ibu minta maaf kerana kamu merasakan ibu melakukannya demi perhatian," katanya.

Britney turut memberitahu dia tidak akan tunduk kepada arahan orang lain kerana sudah belajar untuk berkata tidak.

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears pindah rumah dekat dengan bekas suami demi anak

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar! Bekas suami ceroboh majlis perkahwinan Britney Spears dan Sam Asghari

Terdahulu, menerusi satu temu bual, Jayden mengulas mengenai penggunaan media sosial ibunya dan menyifatkan Britney sengaja berbuat demikian (berkongsi gambar dan video separuh bogel) demi meraih perhatian.

"Perkara ini sudah berlaku selama bertahun-tahun dan mungkin tidak akan berakhir," katanya.

Jayden turut memberitahu bapa mereka, Kevin Federline adalah tempat 'selamat' yang mana dia boleh berdepan dengan trauma namun tidak memberi perincian tentang apa dihadapinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia