suria

New Hope Club pukau 2,000 peminat di Malaysia, persembahan bertenaga buat penonton tak berganjak!

New Hope Club melancarkan album studio pertama mereka pada Februari 2020

KUMPULAN dari British, New Hope Club memukau lebih 2,000 peminat di Malaysia dengan persembahan bertenaga semasa showcase pertama mereka di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dianggotai oleh Reece Bibby, Blake Richardson dan George Smith, kumpulan ini mendendangkan lebih enam buah lagu terkini termasuklah lagu popular mereka Know Me Too Well.

New Hope Club berjaya menghiburkan peminat yang turut sama menyanyi memenuhi ruang legar pusat membeli-belah itu.

newhope1

Antara peminat yang hadir memeriahkan showcase New Hope Club di Sunway Pyramid

"Apabila mendengar peminat menyanyikan setiap bait lirik lagu kami, ia menjadikan konsert jelajah Asia Tenggara ini sebagai satu detik indah sepanjang kami bergelar anak seni.

"Dapat bertemu peminat secara langsung adalah pembakar semangat untuk kami terus berkarya sebagai satu kumpulan.

"Diharap satu hari nanti, kami dapat melihat tiket konsert New Hope Club habis dijual di Malaysia," kata Reece Bibby.

Dalam showcase kali ini, kumpulan Insomniacks diberi kepercayaan membuka acara dengan mempersembahkan tiga lagu hit mereka antaranya Sempurna.

newhope

New Hope Club diterajui oleh Reece Bibby, Blake Richardson dan George Smith

Dengan lebih 2.4 bilion penstriman hingga kini, New Hope Club berjaya menghabiskan jualan tiket di seluruh dunia (termasuk Amerika Syarikat, Kanada, UK, Jerman, Perancis, Korea, Thailand, Jepun, Singapuran dan Indonesia).

Malah, lagu hit mereka Know Me Too Well menjadi tular di TikTok pada tahun lalu dan meraih perhatian luar biasa sehingga menerima pencapaian #1 platinum di Malaysia.

Untuk info, New Hope Club melancarkan album studio pertama pada Februari 2020.

Album LP kumpulan ini mendapat tempat kelima di United Kingdom dan mereka kini bergerak aktif merantau di Eropah, Asia, Amerika Utara dan Selatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain