suria

Amber Heard didakwa sewa anak demi raih simpati peminat kes fitnah Johnny Depp

Amber Heard tidak mendedahkan siapa bapa kepada anaknya.

NAMA Amber Heard sekali lagi menjadi tumpuan apabila didakwa menggunakan anak perempuannya, Oonagh Paige bagi meraih perhatian dan simpati.

Lebih menggemparkan pelakon Aquaman itu didakwa tidak pernah hamil apatah lagi melahirkan anak sebaliknya Onnagh merupakan bay yang disewa kepadanya.

"Saya boleh mengesahkan bahawa Amber Heard tidak pernah mempunyai anak.

"Dia menyewa atau pinjam kanak-kanak itu bagi tujuan meraih simpati peminat di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Charlie Puth ‘belanja’ gambar bogel sebelum lancar album baharu

"Jika anda teliti dengan baik, setiap kali dia memuat naik gambar bersama anak, wajah dan saiznya berbeza-beza," dedah seorang pengguna Twitter.

Malah sehingga ke hari ini, Amber tidak mendedahkan siapakah bapa kepada anak perempuannya itu.

Terdahulu, nama Amber menjadi hangat dan dibenci ramai selepas dia kalah dalam saman difailkan terhadap bekas suaminya, Johnny Depp.

Amber mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga namun bukti di mahkamah menunjukkan sebaliknya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain