suria

Acha Septriasa dedah hanya ada satu buah pinggang, sedar ketika usia 18 tahun

Acha Septriasa hanya memiliki satu buah pinggang sejak kecil.

PENYANYI dan pelakon Indonesia, Acha Septriasa mendedahkan bahawa dia pernah tidak menyedari bahawa dirinya hidup dengan hanya mempunyai satu buah pinggang sahaja.

Acha, 33, berkata, dia hanya menyedari tentang perkara itu sewaktu berusia 18 tahun ketika membuat pemeriksaan di hospital.

Pelakon filem Layla Majnun ini memberitahu tabiat jarang minum air putih serta suka menahan kencing telah membongkar tentang keadaan dirinya.

acha

Acha berkongsi cerita dalam rancangan For Your Pagi (FYP).

"Ketika menjalani penggambaran filem saya sering pengsan kerana tidak kuat disebabkan perlu berada di lokasi sehingga 20 jam lamanya.

"Saya juga jarang minum air putih dan suka menahan kencing apatah lagi kalau terpaksa menempuh perjalanan jauh," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Charlie Puth ‘belanja’ gambar bogel sebelum lancar album baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Perubahan wajah ketara, Zac Efron buat pembedahan plastik akibat rahang patah

Ekoran sering pengsan, Acha ke hospital untuk membuat pemeriksaan selepas mengadu sering sakit pada bahagian perut sebelah kiri.

"Hasil pemeriksaan dan CT scan mendapati saya tidak mempunyai buah pinggang di bahagian kanan. Sepanjang hidup saya rupa-rupanya hanya bergantung pada satu ginjal sahaja," ujarnya.

Jelas Acha, ibu bapanya juga tidak mengetahui tentang keadaan dirinya mungkin disebabkan ketika dia dilahirkan tiada alatan canggih untuk mengesan masalah itu.

acha1

Kedua ibu bapanya juga tidak tahu tentang masalah ini sejak dia dilahirkan.

Sementara itu, Acha berkata, mempunyai satu buah pinggang bukan masalah tetapi perlu menjaga kesihatan dengan lebih teliti.

"Apa menjadi kesalahan kalau kita bekerja terlalu kuat dan tidak menjaga pemakanan sehingga buah pinggang terpaksa menampung beban.

"Akhirnya boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan perlu menjalani rawatan dialisis," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain