suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brian terkejut disingkirkan dari kumpulan Sheila On 7, sampai sekarang belum tahu punca nama digugurkan

Brian (kanan) ketika bersama SO7.

MASIH terkejut dan bersedih, bekas pemain dram kumpulan Sheila On 7 (SO7) iaitu Brian mengakui tidak mengetahui punca namanya digugurkan dari kumpulan tersebut sejak April lalu.

Enggan menimbulkan sebarang spekulasi tentang pengunduran itu, pemilik nama Brian Kresna Putro ini meminta sebarang pertanyaan berhubung hal berkenaan diajukan kepada anggota SO7 yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: 18 tahun bersama, pemain dram Brian tinggalkan Sheila On 7

"Saya masih belum boleh bercakap tentang hal tersebut kerana jujurnya masih lagi terkejut dan bersedih.

"Saya sendiri keliru. Saya masih mencintai SO7 dan tidak mungkin untuk meninggalkan kumpulan ini.

"Lebih baik rakan-rakan media bertanyakan kepada SO7 untuk jawapan yang pasti. Saya takut jika memberi sebarang kenyataan, mereka juga ada jawapan sendiri," jelasnya seperti yang dipetik dari Detik Hot.

brian so7

Brian mahu terus berkarya dalam muzik.

Sementara itu, Brian memberitahu kelab peminat SO7 iaitu Sheilagank banyak memberi kata-kata semangat ketika dia berdepan kesedihan.

Meskipun dihimpit kontroversi ini, Brian berkata dia akan terus berkarya dalam industri muzik Indonesia.

"Sheilagank yang menguatkan hati saya. Saya membaca setiap komen dan terima kasih kepada mereka.

"Jika diberi kesempatan saya mahu terus berkarya dalam industri muzik Indonesia, tidak kira di atas pentas atau dengan kerja belakang tabir," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia