suria

Bebas dari kanser Limfoma, Ari Lasso syukur kembali menyanyi selepas setahun berehat

Ari sudah bekas kanser sesak Februari lalu.

SELEPAS sembuh daripada penyakit kanser limfoma yang dihidapi sejak awal 2021. penyanyi Ari Lasso melahirkan rasa syukur dapat kembali menyanyi di atas pentas.

Memetik laporan Liputan6, Ari sebelum membuat persembahan di konsert bertemakan Allo Bank Festival 2022 pada hujung minggu lalu mengucapkan terima kasih kepada peminat.

Menurut Ari, dia berjaya mengharungi detik sukar dalam hidupnya dengan sokongan dan doa yang tidak putus daripada peminatnya.

"Bagi saya, ini merupakan momen kehidupan saya yang ketiga. Ini merupakan salah satu fasa yang paling sukar saya pernah lalui dan akan bertambah sukar tanpa sokongan anda semua.

Ari

Ari seronok dapat menyanyi semula.

"Terima kasih atas sokongan dan doa anda semua," kata penyanyi berusia 49 tahun itu.

Pada September 2021, Ari mendedahkan sedang berjuang melawan kanser limforma tahap dua dan didiagnosis sebagai Diffuse large B-cell lymphoma (DLBCL) yang jarang berlaku dalam kalangan pesakit kanser.

Doktor mengesan kanser itu selepas Ari mengadu sakit perut melampau dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat ketumbuhan pada kelenjar limfanya.

Ari sudah menerima rawatan di hospital pada awal Ogos lalu dan menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan tersebut.

Pembedahan itu mencemaskan kerana Ari kehilangan banyak darah, namun selepas beberapa jam ia berjaya dilakukan oleh doktor pakar.

Keluarga Ari memaklumkan bahawa penyanyi itu akhirnya bebas daripada penyakit tersebut sekitar Februari lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain