suria

Akaun FB Tangmo tiba-tiba aktif, dedahkan kejadian sebenar jatuh bot… Tuntut keadilan daripada 5 rakan

Antara foto atas bos sebelum kejadian lemas berlaku.

KES kematian pelakon Tangmo Nida kembali menjadi perhatian ramai apabila baru-baru ini tercatat satu status di akaun Facebook milik mendiang yang seakan mendedahkan kejadian sebenar ketika dia terjatuh dari sebuah bot pada Februari lalu.

Dalam beberapa hantaran yang dibuat pengendali akaun tersebut menunggu untuk menuntut keadilan dan mahu mereka yang terlibat bercakap jujur semasa siasatan dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Tangmo Nida, Wisapat Sand dibebaskan selepas mengaku tidak bersalah, diikat jamin dengan aset bernilai RM25,000

“Saya dicederakan oleh sahabat yang saya sayang dan percaya.

“Saya masih menunggu kebenaran dari mulut lima orang, jika mereka tidak bercakap benar saya akan dedahkan semua kejadian di atas bot.

“Membuang data panggilan... jangan ingat ia tidak boleh dikembalikan,” tulis status berkenaan.

tangmo baru 2

Lima individu yang dikatakan ada kaitan dengan kematian Tangmo.

Ada yang mendakwa status tersebut dibuat oleh ibu Tangmo iaitu Panida Siriyudthayothi.

Bagaimanapun perkara tersebut dinafikan oleh peguam wanita berkenaan yang memberitahu Panida sama sekali tidak menggunakan akaun Facebook miliknya.

tangmo baru 1

Antara kenyataan yang dimuatnaik di akaun FB Tangmo.

Untuk rekod Tangmo dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu dan mayatnya ditemui dua hari kemudian.

Selepas berbulan melakukan siasatan pihak polis memutuskan kematian tersebut berpunca kecuaian diri sendiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain