suria

Ed Sheeran teruja timang anak kedua, rahsiakan tarikh lahir

Ed dan isteri teruja sambut kelahiran anak perempuan kedua mereka.

DALAM diam, rupa-rupanya penyanyi terkenal Ed Sheeran sudah menimang cahaya mata perempuan namun tidak berkongsi tarikh kelahiran anaknya itu.

Menerusi laporan Hollywoodlife, Ed Sheeran hanya mengumumkan bahawa dia dan isterinya iaitu Cherry Seaborn teruja menyambut kehadiran puteri kedua mereka.

"Mahu memaklumkan kepada anda semua, yang kami mempunyai seorang lagi anak perempuan yang cantik. Kami berdua sedang dilamun cinta dengan dia.

"Dan sekarang, kami sudah berempat," tulis Ed Sheeran di laman Instagram miliknya.

Penyanyi lagu Joker And The Queen itu hanya memuat naik foto memperlihatkan sarung kaki bayi berwarna putih di Instagram miliknya.

Ed Sheeran dan isteri sangat menjaga privasi kehidupan peribadi namun pada May 2021, dia mendedahkan sudah mempunyai seorang anak perempuan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain