suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Puji cantik dan pandai... Reza Rahadian tak kisah ‘dijodohkan’ dengan Prilly Latuconsina

Reza sememangnya mempunyai hubungan rapat dengan Prilly.

BERGANDINGAN lagi dalam drama siri berjudul My Lecturer My Husband musim kedua, ramai peminat mahu menjodohkan pelakon Reza Rahadian dengan aktres Prilly Latuconsina.

Menganggap ia bukan satu masalah, Reza dengan tenang berkata semua orang mempunyai kebebasan untuk bercakap apa sahaja.

Malah, pelakon berusia 35 tahun ini juga memberitahu dia tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh dengan Prilly di masa hadapan.

"Tak ada masalah, orang bebas untuk cakap apa saja. Apa-apa pun boleh terjadi, kita tak pernah tahu di masa hadapan macam mana," kata Reza.

Ditanya mengenai pandangannya tentang Prilly, Reza memuji sikap aktres itu yang memberi inspirasi kepada wanita lain selain pandai, cantik dan mempunyai personaliti menarik.

"Seorang yang mencabar, wanita muda, inspirasi, pandai, bekerja keras, cantik dan personalitinya juga sangat bagus. Saya suka seorang yang mempunyai personaliti profesional," ujarnya.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain