suria

Kecoh Tangmo Nida buat ‘live’ Facebook, netizen syak masih hidup tapi ada dakwa video lama

Tangmo Nida buat live di Facebook.

NAMA pelakon Thailand, Tangmo Nida kembali menjadi perbualan hangat netizen apabila didakwa muncul dalam siaran langsung di laman Facebook pada malam Isnin.

Menerusi akaun Facebook Happy Melon Patcharaveerapong, Tangmo dilihat berbual dengan pengikutnya selama lapan minit dan memberitahu dia dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Saya dalam perjalanan pulang ke rumah," tulisnya pada ruangan kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun FB Tangmo tiba-tiba aktif, dedahkan kejadian sebenar jatuh bot... Tuntut keadilan daripada 5 rakan

Siaran langsung itu mengejutkan ramai dan menerima hampir 10 juta tontonan dan lebih 200,000 komen daripada netizen.

Gara-gara live itu, netizen mula bertindak menyiasat kesahihan video berkenaan dan membuat andaian ia merupakan rakaman lama yang dimuat naik semula oleh penggodam akaun berkenaan.

Bagaimanapun, ia sudah dipadam selepas sehari dimuat naik.

Pada Ahad lalu, peminat dikejutkan dengan satu status yang dimuat naik di akaun Facebook milik mendiang yang seakan-akan mendedahkan kejadian sebenar ketika dia terjatuh dari sebuah bot pada Februari lalu.

Dalam beberapa hantaran yang dibuat pengendali akaun tersebut menunggu untuk menuntut keadilan dan mahu mereka yang terlibat bercakap jujur semasa siasatan dijalankan.

Ada yang mendakwa status tersebut dibuat oleh ibu Tangmo iaitu Panida Siriyudthayothi.

Bagaimanapun perkara tersebut dinafikan oleh peguam wanita berkenaan yang memberitahu Panida sama sekali tidak menggunakan akaun Facebook miliknya.

Untuk rekod Tangmo dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu dan mayatnya ditemui dua hari kemudian.

Selepas berbulan melakukan siasatan pihak polis memutuskan kematian tersebut berpunca kecuaian diri sendiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain