suria

Pelakon tertua Korea Selatan Lee Soon Jae meninggal dunia

Soon Jae meninggal dunia pada usia 91 tahun.

PELAKON veteran Korea Selatan, Lee Soon Jae yang dikenali sebagai aktor tertua di negara itu meninggal dunia pada pagi Selasa.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 91 tahun.

Sebelum mengambil keputusan berehat akibat masalah kesihatan pada Oktober lalu, Soon Jae masih aktif berlakon dan terbabit dalam pementasan Waiting for Waiting for Godot serta drama Dog Knows Everything terbitan KBS 2TV.

Soon Jae pernah terbabit dengan 30 produksi berbeza dalam tempoh sebulan.

Tahun lalu juga menjadi detik bersejarah apabila Soon Jae diumumkan sebagai penerima Anugerah Utama (Grand Prize) tertua dalam sejarah Anugerah Drama KBS. 

Dalam ucapan yang penuh emosi, mendiang mengakui tidak pernah terbayang menerima penghormatan sebesar itu selepas puluhan tahun berbakti sebagai anak seni.

Sepanjang lebih enam dekad berkecimpung dalam dunia lakonan, pelakon disegani itu pernah membintangi lebih 140 karya termasuk drama popular seperti Dongui Bogam, Seeing and Seeing Again, Men of the Bathhouse, Rustic Period, Land dan Mom’s Dead Upset.

Malah, Soon Jae dikenali sebagai figura yang kuat bekerja apabila pernah terbabit untuk 30 produksi dalam tempoh sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Song Young Kyu ditemui meninggal dunia dalam kereta, dakwa alami tekanan emosi akibat komen negatif netizen 

ARTIKEL BERKAITAN: Kang Seo Ha meninggal dunia, simpan rahsia derita sakit kanser

Selain kerjaya lakonan yang gemilang, Soon Jae  pernah mencuba bidang politik. 

Pada 1992, mendiang dipilih sebagai ahli Parlimen mewakili Parti Demokratik Liberal bagi kawasan Jungnang Gap di Seoul. 

Sepanjang tempoh tersebut, Soon Jae turut berkhidmat sebagai jurucakap timbalan parti dan Setiausaha Agung Liga Parlimen Korea–Jepun.

Tidak pernah lokek berkongsi ilmu, mendiang dikenali sebagai individu yang sentiasa membimbing bakat muda dan berkhidmat sebagai profesor khas di Jabatan Seni Persembahan, Universiti Gachon hingga ke akhir hayatnya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia