suria

Dakwaan berzina jejaskan kerjaya, Inara Rusli mungkin hilang tawaran kerja... Banyak jenama mula bimbang

Kontroversi turut menjejaskan periuk nasi Inara.

PENYANYI Inara Rusli dikatakan bakal berdepan kerugian susulan kontroversi yang mendakwa dia menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Pengurusnya, Karina Putri memberitahu, beberapa wakil jenama mula menghubunginya dan meluahkan rasa bimbang selepas nama Inara menjadi bualan ramai.

Rata-rata meminta penjelasan tentang perkara tersebut sebelum sebarang tindakan kerjasama diteruskan.

Inara kini ambil tempoh rehat. 

“Pastinya apa yang berlaku ada kesannya. Pihak jenama bertanya, meminta klarifikasi. Perkara ini sangat mengganggu,” katanya.

Menurut Karina, pihak mereka bakal memberi penjelasan dalam masa terdekat sebelum lebih ramai penaja menarik diri.

Malah dia juga tidak menolak kemungkinan Inara boleh dikenakan bayaran penalti kerana secara tidak langsung telah mencemarkan nama baik jenama tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dituduh berzina dengan suami orang, Inara Rusli tampil mohon maaf 

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu jadi mangsa curang, kini Inara Rusli didakwa perosak rumah tangga dan cuba melakukan zina

“Kesan terburuk mungkin tawaran kerja dibatalkan. Kita juga tidak tahu kemungkinan akan dikenakan penalti,” ujarnya.

Isu mula timbul selepas seorang pempengaruh bernama Wardatina Mawa tampil membuat laporan polis, mendakwa suaminya, Insanul Fahmi, menjalin hubungan dengan Inara.

Mawa juga mendakwa dia mempunyai bukti kukuh termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suaminya melakukan perbuatan zina dengan penyanyi itu.

Sementara itu, Inara dalam satu kenyataan melalui pengurusnya memaklumkan bahawa dia kini mengambil tempoh rehat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain