suria

Cruz Beckham sindir Cristiano Ronaldo selepas dakwa lebih tampan dari David Beckham

Cristiano Ronaldo perli David Beckham,

PEMAIN bola sepak Cristiano Ronaldo kembali mencuri perhatian peminat apabila didakwa membuat kenyataan berani dengan mengatakan dirinya lebih 'sempurna' secara fizikal berbanding pemain bola sepak legenda England, David Beckham.

Kenyataan penuh yakin itu dibuat Ronaldo dalam program Piers Morgan Uncensored apabila ditanya siapakah yang lebih menarik antara dia dan Beckham.  

Cristiano Ronaldo perli David Beckham,

Cristiano Ronaldo perli David Beckham di media sosial.

“Wajahnya memang tampan, ya, wajah yang bagus. Tapi selebihnya biasa saja. 

"Saya tidak biasa, saya sempurna," katanya.

Kenyataan dibuat Ronaldo itu mendapat reaksi anak Beckham iaitu Cruz Beckham yang dilihat memuat naik foto perbandingan wajah ayahnya ketika usia 20-an dengan gambar Ronaldo sewaktu awal menyertai Manchester United sekitar 2003.

Perbandingan yang dibuat itu seolah-olah memerli dan menepis kenyataan bintang Portugal itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih asyik pegang punggung, netizen pula terkesima tengok bentuk kemaluan Cruz Beckham

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan tahun bersama, Ronaldo akhirnya bertunang dengan Georgina

Dalam temu bual sama, Ronaldo menjelaskan daya tarikan seseorang bukan bergantung pada rupa paras semata-mata.

“Bagi saya, menarik itu bukan hanya soal wajah, tapi keseluruhan pakej. 

"Bayangkan Cristiano dan orang biasa memakai seluar renang merah di Copacabana. Kamu rasa saya takkan dapat perhatian sesiapa?,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain