suria

Peminat kaya sanggup beli pulau bentuk hati untuk Jeong Han Seventeen

Peminat menantikan reaksi daripada Jeong Han.

TINDAKAN seorang peminat dari China menghadiahkan sebuah pulau sebenar kepada ahli kumpulan Seventeen, Jeong Han mecetuskan kekecohan ramai.

Pulau berbentuk hati itu dikatakan terletak di kawasan 1004 Islands, Jeollanam-do, Korea Selatan, dengan keluasan sekitar 19,140 meter persegi.

Memetik laporan Korea Boo, peminat berkenaan dikenali dengan nama akaun @lakukami membeli pulau berkenaan sempena ulang tahun Jeong Han.

Pulau tersebut diberi nama Jeongjeong Land.

Dia juga merancang menamakan lokasi tersebut sebagai Jeongjeong Land, khusus untuk peminat Seventeen atau Carat.

Malah individu itu turut menyatakan hasrat untuk membangunkan beberapa kemudahan di pulau berkenaan agar peminat dari seluruh dunia boleh berkunjung suatu hari nanti.

Bagaimanapun buat masa ini orang ramai masih menanti dokumen rasmi bagi mengesahkan urusan pembelian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Hoshi (Seventeen) buka akaun IG, hanya ‘post’ dua keping foto dapat kumpul 700,000 pengikut

ARTIKEL BERKAITAN: Karina Aespa pernah bercita-cita jadi pramugari, siap masuk kelas bahasa Mandarin

Khabar itu dikatakan mengejutkan ramai namun dianggap sokongan luar biasa oleh segelintir peminat, namun ada juga menyifatkan ia keterlaluan dan menakutkan.

Mereka juga menantikan reaksi Jeong Han memandangkan dia sedang menjalani khidmat ketenteraan wajib sejak 26 September tahun lalu dan dijangka menamatkan perkhidmatan pada 25 Jun 2026.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia