suria

Hoshi (Seventeen) buka akaun IG, hanya ‘post’ dua keping foto dapat kumpul 700,000 pengikut

Hoshi kini mula aktif di laman Instagram.

ANGGOTA kumpulan Seventeen iaitu Hoshi akhirnya mengambil keputusan untuk membuka akaun Instagram.

Menerusi akaun rasmi Twitter Seventeen mengesahkan bahawa Hoshi akhirnya memiliki Instagram dengan memuat naik foto diri sendiri berlatarbelakangkan pemandangan indah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sehingga berita ini ditulis, Hoshi yang menggunakan nama akaun ho5hi_kwon itu sudah mempunyai hampir 700,000 pengikut selepas hanya berkongsi dua keping foto.

Rata-rata peminat Hoshi dan Seventeen meluahkan rasa teruja menyambut kedatangan penyanyi itu ke laman sosial tersebut.

Pada awal Julai, tiga ahli Seventeen iaitu Wonwoo, Jeonghan dan DK turut membuka akaun peribadi Instagram.

Manakala dua lagi anggota kumpulan itu iaitu Jun dan Dino masih belum mempunyai akaun peribadi laman sosial itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain