suria

[VIDEO] Teruja tonton trailer House of Gucci, penampilan Jared Leto bikin peminat hampir tak kenal

Peminat teruja lihat transformasi imej Jared Leto dalam filem House of Gucci.

RATA-RATA peminat teruja menonton trailer filem terbaharu lakonan Lady Gaga, House of Gucci yang bakal ditayangkan bermula 24 November depan.

Selain trailer, pihak produksi turut memperkenalkan poster rasmi filem yang mengisahkan kehidupan sebenar keluarga pewaris empayar fesyen terkemuka dunia, Maurizio Gucci.

Gaga atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Germanotta, 35, membawakan watak sebagai Patrizia Reggiani iaitu bekas isteri kepada Maurizio yang dilakonkan oleh Adam Driver.

Selain Gaga dan Adam, peminat juga cukup teruja melihat penampilan Jared Leto yang kelihatan berbeza daripada imej asalnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Membawakan watak sebagai sepupu kepada Maurizio, Jared, 50, berjaya mengubah dirinya kelihatan seiras dengan Paolo Gucci yang sebenar.

house of gucci

Poster filem House of Gucci.

Filem arahan Ridley Scott ini membawa plot penceritaan mengenai insiden sebenar Maurizio ditembak mati oleh pembunuh yang diupah oleh bekas isterinya sendiri.

Maurizio meninggal dunia pada 27 Mac 1995 dan susulan insiden tersebut Patrizia dihukum penjara selama 18 tahun dan dia telah dibebaskan pada Oktober 2016. - US Weekly

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain