suria

Rawatan IVF gagal... Ifan Seventeen tak putus asa, mahu cuba sekali lagi

Ifan Seventeen sedih rawatan IVF Citra Monica gagal.

IMPIAN penyanyi kumpulan Seventeen, Ifan dan isterinya Citra Monica untuk mempunyai cahaya mata hampa selepas rawatan persenyawaan in vitro (IVF) yang dijalankan gagal.

Menerusi perkongsian Ifan di Instagram berkata, pemindahan embrio ke rahim Citra tidak berkembang dengan baik.

"Tipulah kalau tak sedih dan kecewa. Doktor tidak menyarankan kami untuk teruskan rawatan IVF kerana embrio tidak berkembang dengan baik," katanya.

Menurut Ifan, dia reda namun percaya pasti ada hikmah di sebaliknya.

"Kami reda dengan ketentuan ini. Tak tahu nak gambarkan kalau sudah ada janin dalam perut dan ia tidak berhasil. Pasti lebih sedih," katanya.

Menurut Ifan, walaupun rawatan IVF kali ini tidak berjaya, namun Citra tidak serik untuk melakukan program bayi tabung uji pada masa mendatang.

"Alhamdulillah isteri saya kuat dan mahu ikhtiar lagi. Mungkin pada masa akan datang kami akan melakukan persiapan dengan lebih teliti," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu, isteri kepada Ifan Seventeen iaitu Citra Monica menjalankan rawatan IVF selepas sebulan berkahwin.

Ifan Seventeen bernikah dengan Citra Monica pada 29 Mei lalu yang diadakan secara tertutup namun disiarkan secara langsung di salah satu stesen televisyen negara berkenaan.

Untuk rekod, Ini merupakan perkahwinan kedua buat Ifan dan Citra.

Pada 22 Disember 2018, isteri Ifan iaitu Dylan Sahara meninggal dunia dalam bencana tsunami yang melanda Selat Sunda mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ifan Seventeen, Citra Monica, IVF

Artikel Lain