suria

Dituduh kaki buli di sekolah, Jo Byeong Gyu akhirnya dapat buktikan diri tidak bersalah

Dua individu tampil memohon maaf selepas menuduh Jo Byeong Gyu sebagai pembuli.

SELEPAS lima bulan dikecam gara-gara dituduh terlibat melakukan jenayah buli, pelakon Jo Byeong Gyu akhirnya boleh menarik nafas lega apabila dapat membersihkan namanya.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusannya menerusi kenyataan rasmi mengatakan dua individu yang pernah melemparkan tuduhan tersebut mengakui bersalah dan tampil memohon maaf.

"Pihak agensi sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap semua individu yang menuduh Jo Byeong Gyu sebagai pembuli ketika di bangku sekolah tanpa bukti.

"Sepanjang siasatan polis, mereka mengakui bahawa mereka telah menyebarkan berita palsu mengenai Jo Byeong Gyu. Mereka juga telah menghantar pemohonan maaf secara rasmi.

Jo Byeong Gyu 1

Jo Byeong Gyu bukanlah seorang pembuli seperti yang didakwa.

"Ketika kes itu dalam siasatan, Jo Byeong Gyu turut memberikan maklumatnya ketika menjadi pelajar dan testimoni beberapa rakan kelas dan guru yang mengenalinya sebagai bukti.

"Kami akan terus mengambil tindakan terhadap komen melampau dan tuduhan tanpa bukti terhadap Jo Byeong Gyu," tulis kenyataan tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada Februari lalu, tular satu hantaran yang dibuat di laman forum tempatan mengatakan berlakunya kejadian buli beramai-ramai.

Insiden tersebut dikatakan berlaku ketika mereka belajar bersama-sama di Westlake High School bertempat di New Zealand lebih kurang 10 tahun lalu.

Untuk rekod, ini kali kedua pelakon itu berhadapan tuduhan buli selepas menafikannya ketika berlakon di dalam drama JTBC Sky Castle, dua tahun lalu.

Pada 2018, seorang individu mengaku teman sekelas Jo Byung mendakwa kerap melihat aktor ini berkelakuan kasar dan menghina rakan-rakan yang lain.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah