suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Lopez kongsi foto cium Ben Affleck sempena 'birthday' ke-52

Jlo kini kembali bercinta dengan Ben Affleck.

PENYANYI terkenal Jennifer Lopez mengesahkan hubungan cintanya dengan bekas tunang iaitu Ben Affleck kembali dengan memuat naik foto bercium di Instagram miliknya.

Lebih istimewa, dia berkongsi foto itu bagi meraikan hari jadi yang ke-52 pada Ahad lalu.

Khabar angin mengenai hubungan Lopez dan Affleck menjadi bualan sejak April lalu ketika dilihat mereka sering keluar bercuti bersama.

Lopez dan Affleck pernah bertunang pada tahun 2012 namun memutuskan hubungan tersebut pada 2014 beberapa hari sebelum berkahwin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Setelah itu, Lopez mengahwini penyanyi Latin Marc Anthony, suami ketiganya, hanya lima bulan selepas berpisah dengan Affleck pada tahun 2004.

Mereka berpisah pada tahun 2014 dan dikurniakan dua orang anak kembar, Max dan Emme,13.

Manakala, Affleck juga memiliki tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri yang juga pelakon, Jennifer Garner iaitu Seraphina,12, Violet,15, dan Samuel,9. - US MAGAZINE

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia