suria

Atlet memanah Korea Selatan kecewa, minta lagu BTS dapat lagu Blackpink

Pasukan memanah Korea Selatan berharap lagu BTS dimainkan ketika meraikan kejayaan pingat emas diraih mereka.

PASUKAN memanah wanita Korea Selatan merasa sedikit kecewa selepas permintaan mereka untuk diperdengarkan lagu BTS tidak kesampaian ketika majlis penyampaian medal.

Pasukan tersebut berjaya menggondol pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Individu yang bertanggungjawab dalam bahagian tersebut dikatakan telah tersilap memutarkan lagu kumpulan Blackpink, Boombayah bagi meraikan kejayaan pasukan berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Wakil pasukan itu, Kang Chae Young berkata mereka terdahulu telah meminta untuk diputarkan lagu BTS berjudul Dynamite sekiranya menang.

Ini bukan kali pertama lagu daripada kumpulan BTS mendapat permintaan tinggi dalam acara sukan terbesar dunia.

Sebelum ini lagu Butter mendapat undian paling tinggi menerusi poll yang dibuat pihak penganjur Euro 2020 mengalahkan beberapa lagu lain yang tercalon.

Fenomena global BTS bukan sahaja diterima peminat di negara kelahiran mereka sebaliknya peminat dari serata dunia juga. - Allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain