suria

Ramai kawan artis meninggal dunia kerana Covid-19, Nikita Mirzani jadi takut... mula rajin solat sunat Tahajud

Nikita Mirzani mula rajin solat Tahajud.

PANDEMIK Covid-19 membawa satu perubahan besar dalam hidup pelakon Indonesia, Nikita Mirzani.

Menurut laporan Tabloid Bintang, salah satu perkara yang menjadi perhatian Nikita ialah mengenai hal kematian yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Melihat kepada angka korban jangkitan Covid-19 yang membimbangkan di Indonesia membuatkan Nikita Mirzani menjadi takut.

"Saya tak tahu umur sampai bila... saya lihat ramai teman-teman artis yang meninggal mendadak membuatkan saya takut kerana belum bersiap sedia.

"Saya sekarang ada hobi baharu iaitu solat tahajud.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pandemik ini membuatkan saya banyak berfikir. Mati itu tak boleh dijangka, bila-bila sahaja kita boleh pergi," katanya.

Sebelum ini, pelakon dan pengacara Raffi Ahmad turut memberitahu dirinya mula menjaga solat selepas melihat ramai orang sekelilingnya meninggal dunia kerana Covid-19.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain