suria

Tak boleh sabar lagi! Ibu bapa Ayu Ting Ting buat laporan polis terhadap 'haters'

Keluarga Ayu Ting Ting buat laporan polis terhadap individu yang mencemarkan nama anaknya.

SUDAH lama bersabar menghadapi komen-komen negatif daripada 'haters' di laman sosial, akhirnya keluarga penyanyi Ayu Ting Ting memilih untuk bersikap tegas.

Memetik laporan Liputan6, ibu bapa kepada Ayu iaitu Umi Kalsum dan Abdul Rozak mengambil keputusan membuat laporan polis terhadap seorang netizen yang telah mencemarkan nama baik anak mereka.

"Kami sudah membuat lapoan polis. Terima kasih kepada semua yang telah membantu ibu sekeluarga mencari pelaku yang telah mencemarkan nama Ayu sekeluarga," kata Umi menerusi Instagram.

Ayu 1

Keluarga Ayu berada di kediaman netizen tersebut.

Keluarga Ayu Ting Ting juga sudah mengenal pasti dan mereka bersama pihak polis pergi ke kediaman individu tersebut yang terletak di Bojonegoro, Jawa Timur.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, individu tersebut difahamkan kini berada di Singapura dan memohon bantuan polis di sana untuk menghantar pulang pelaku itu ke Indonesia untuk bertanggungjawab ke atas tindakannya.

Sebelum ini, seorang netizen meninggalkan komen negatif sehingga mencemarkan nama Ayu serta anak perempuannya di Instagram.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah