suria

Pelakon buang semua tatu di badan, mahu bertaubat demi anak-anak

Sheila mahu bertaubat dan buat keputusan memadamkan tatu lama.

PELAKON Sheila Marcia sedang melalui fasa transformasi besar dalam hidup termasuk mengambil keputusan memadam semua tatu yang pernah menghiasi tubuhnya.

Sheila, 36, berkata proses menghilangkan tatu berwarna dan berlapis bukanlah perkara mudah, malah memerlukan masa yang panjang sebelum benar-benar hilang sepenuhnya.

“Kalau tatu itu, penghapusannya mungkin lima tahun baru hilang,” katanya.

Sheila mahu berubah lebih baik demi anak-anak.

Menurut Sheila, keputusan tersebut datang daripada kehendak dirinya sendiri dan bukan kerana dorongan atau paksaan mana-mana pihak.

Ujar pelakon itu, semuanya bermula selepas dia memilih untuk memulakan perjalanan hidup baharu yang akhirnya turut mengubah cara dia berfikir.

“Tak ada alasan lain, memang dari hati. Sebab itulah nak bertaubat. Sejak itu Tuhan ubah cara saya berfikir,” jelasnya.

Tambah Sheila, perubahan itu berlaku secara perlahan namun dia tetap berusaha memperbaiki diri dan mengatur hidup ke arah lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Levine serik cacah tatu, tak tahan rasa sakit bila usia bertambah 

ARTIKEL BERKAITAN: Pete Davidson buang 200 tatu ditubuhnya, kos cecah hampir RM1 juta

Selain faktor peribadi dan rohani, Sheila mengakui keputusannya memadam tatu juga dipengaruhi peranan sebagai seorang ibu yang mahu menjadi contoh terbaik buat anak-anaknya .

“Cara berfikir pun berubah sedikit demi sedikit. Kita cuba buat yang terbaik dan menuju ke jalan yang betul.

“Saya tak tahu, cuma rasa tak selesa. Saya buat untuk anak-anak saya juga,” katanya.

Untuk rekod, Sheila mempunyai lima orang cahaya mata. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia