suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembilan tahun bersama, Ronaldo akhirnya bertunang dengan Georgina

Georgina umum pertunangannya dengan Ronaldo menerusi Instagram.

PEMAIN bola sepak, Cristiano Ronaldo, 40, akhirnya bertunang dengan pasangannya Georgina Rodriguez.

Khabar gembira itu diumumkan oleh Georgina, 31 menerusi laman Instagram.

"Ya, saya sudi. Dalam kehidupan ini dan semua kehidupan saya," tulisnya pada awal pagi Selasa.

Georgina memuat naik foto cincin berlian di jarinya yang diletakkan di atas tangan Ronaldo.

Perkongsian itu sekali gus menamatkan penantian peminat yang mahu melihat mereka mendirikan rumah tangga selepas sembilan tahun bersama.

Pasangan itu mempunyai dua orang anak perempuan iaitu Alana, 7, dan Bella, 3, manakala abang kembar Bella, Angel, meninggal dunia ketika dilahirkan.

Georgina juga membantu membesarkan tiga lagi anak Ronaldo iaitu Cristiano Jr, 15, serta pasangan kembar Mateo dan Eva Maria, masing-masing berusia lapan tahun.

Mereka bertemu pada 2016 ketika Rodriguez bekerja di sebuah kedai Gucci di Madrid. -Agensi.

 

Artikel Lain