suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alat sulit terkeluar ketika acara larian berpagar, 2 syarikat tawar atlet viral jadi model seluar dalam

Nama Robinson menjadi bualan ramai susulan insiden tular bulan lalu.

ATLET Amerika Syarikat, Chris Robinson tular selepas kemaluannya terkeluar dari seluar ketika beraksi dalam acara larian berpagar 400 meter.

Di sebalik kejadian memalukan itu, Robinson meraih populariti luar biasa sehingga dua syarikat menyatakan hasrat bekerjasama dengannya.

Syarikat seluar dalam terkenal Amerika, Shinesty, menghubungi Robinson untuk menawarkannya menjadi model bagi produk terbaharu mereka.

Menurut laporan TMZ, Robinson terbuka dengan tawaran itu dan bersetuju untuk berbincang dengan pihak syarikat.

Selain jenama Shinesty, syarikat Krakatoa, yang menghasilkan seluar dalam khas untuk atlet juga sedang berusaha menghubungi Robinson bagi tujuan kerjasama.

Untuk rekod, insiden memalukan melibatkan atlet itu berlaku di kejohanan Golden Spike Ostrava, Czechia pada 24 Jun lalu.

Dalam kejadian itu, Robinson yang sedang berlari dilihat beberapa kali cuba membetulkan seluarnya yang terkoyak, menyebabkan alat sulitnya terdedah.

Insiden itu menjadi bualan ramai, tetapi apa yang mengejutkan, Robinson masih berjaya memenangi perlumbaan tersebut dengan catatan masa 48.05 saat.

Ia juga menjadi rekod terbaiknya untuk musim ini.

Artikel Lain