SEORANG tentera bertindak menyerang anak saudaranya menggunakan parang sehingga parah, sebelum menjadikan dirinya sebagai tebusan selama lebih enam jam dalam kejadian pada pada 23 Mei lalu.
Mangsa, yang juga penoreh getah dikenali sebagai Attaphon mengalami kecederaan serius di kepala dan kini masih dalam keadaan kritikal.
Suspek, Thanaphat, 23 adalah anggota tentera yang sedang bercuti dan berada di bawah pengaruh syabu semasa kejadian.
Kejadian mengejutkan itu berlaku di Wilayah Trang, Thailand.
Siasatan polis mendapati Thanaphat menyerang anak saudaranya yang sedang tidur dengan parang akibat tekanan peribadi, termasuk desakan ibunya, Noi yang mahu dia kembali ke kem.
Dia kemudian cuba mencederakan mangsa sekali lagi dengan pisau tetapi dihalang oleh ibunya.
Selepas serangan, Thanaphat melarikan diri dengan menunggang motosikal dan membuang parang ke dalam semak berhampiran.
Polis mengepung kawasan persembunyian dan mendapati suspek dalam keadaan tidak stabil, berpakaian baju sukan putih berlumuran darah dan seluar pendek hitam, sambil memegang pisau di lehernya.
Setelah lebih enam jam, Thanaphat akhirnya mengalah diri dengan menyerahkan pisau kepada ketua kampung sebelum ditahan pihak berkuasa.
Ujian air kencing mendapati dia positif dadah dan siasatan turut mendedahkan bahawa Thanaphat mempunyai sejarah ketagihan dadah serta baru sahaja menamatkan program pemulihan. -Agensi


