suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami simbah isteri dengan asid, geram lama tak balik rumah… Malu jiran tuduh tak pandai jaga pasangan

Menyimbah asid hingga mengakibat kecederaan adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG tukang emas ditahan polis selepas didakwa menyimbah asid kepada isterinya pada Sabtu.

Mangsa berusia 40 tahun melecur teruk di bahagian badan dan kini menerima rawatan di hospital.

Menurut polis, berdasarkan siasatan wanita itu sedang berjalan sebelum suspek berusia 42 tahun yang menaiki basikal menyimbah asid.

“Wanita itu mengalami kecederaan akibat melecur sebanyak 40 peratus,” kata seorang pegawai kanan polis.

Kejadian berlaku di Shastri Nagar di Delhi, India.

Tambah polis, mangsa pada mulanya dihantar ke Hospital Sarvodaya, namun dipindahkan ke Hospital Safdarjung kerana kecederaan parah.

Penyerang yang dikenali sebagai Vishwajeet Karmakar ditangkap di tempat kejadian oleh orang awam. 

Suspek dilaporkan dipukul oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis. 

“Lelaki itu marah kerana isterinya pulang ke rumah selepas menghilangkan diri dalam tempoh yang lama dan disebabkan itu dia menyimbah asid,” kata Penolong Pesuruhjaya Polis Kavi Nagar, Swatantra Singh.

Polis berkata pasangan itu telah berkahwin selama lebih 16 tahun dan mempunyai sepasang anak berusia 15 dan sembilan tahun.

"Pasangan itu menghadapi masalah rumah tangga sejak beberapa bulan lalu. Wanita tersebut telah meninggalkan Karmakar dan berpindah ke Chandigarh bersama anak perempuan mereka.

“Dia (Karmakar) takut orang akan mentertawakannya dan merasakan dia tidak dapat mengawal isterinya,” kata pegawai itu.-Agensi

Artikel Lain