suria

Sembilan tahun jadi pemuas nafsu bapa tiri… Ibu tak guna biar suami baharu ‘ratah’ zuriat sendiri!

Pelaku jenayah seksual perlu dihadapkan ke mahkamah bagi melindungi mangsa. -Gambar hiasan

SEORANG wanita tergamak membiarkan anak perempuannya menjadi pemuas nafsu suami selama sembilan tahun.

Si ibu yang berusia 49 tahun itu didakwa mengetahui perbuatan suami terhadap anak gadisnya sejak mangsa berusia 12 tahun. 

Namun dia memilih untuk berdiam diri kerana diugut dan diancam suaminya yang berusia 46 tahun itu.

Mangsa yang kini berusia 23 tahun merupakan anak tiri suspek, iaitu hasil perkahwinan pertama ibunya.

Perbuatan terkutuk itu berlaku di daerah Kampar, Riau, Indonesia sejak tahun 2014 hingga 2023.

Kes terbongkar apabila mangsa memberanikan diri menceritakan kejadian tersebut kepada ibu saudaranya, yang kemudian membawanya membuat laporan polis pada 17 Mei lalu di Balai Polis Kampar.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polres Kampar, AKP Gian Wiatama, pasangan suami isteri itu ditahan pada hari sama laporan dibuat.

"Suspek lelaki mengugut akan membakar rumah dan tidak membiayai persekolahan adik-adik mangsa sekiranya permintaannya ditolak," kata Gian.

Si ibu turut mengaku suaminya sering menggunakan istilah 'minta jatah' ketika mahu melakukan perbuatan terkutuk itu meskipun ketika dirinya ada di rumah.

Polis turut merampas beberapa barang bukti termasuk pakaian seragam sekolah milik mangsa. 

Siasatan lanjut masih dijalankan dan keterangan saksi sedang dikumpul. -Agensi

Artikel Lain