SEORANG wanita hamil tujuh bulan meninggal dunia selepas mengalami sawan di jalan raya pada Jumaat.
Mangsa yang dikenali sebagai Bee, 34, mempunyai seorang anak berusia lima tahun dan tinggal bersama ibunya, Nee, 64.
Ketika tiba di hospital, Nee dimaklumkan bahawa petugas perubatan sedang berusaha menyelamatkan anak dan cucu dalam kandungan.
Nee menyuarakan kesedihannya dan mendedahkan bahawa dia tidak mengetahui anaknya sedang hamil tujuh bulan.
Kejadian berlaku di wilayah Sing Buri, Thailand.
Bee dikatakan sering memakai pakaian longgar untuk menyembunyikan kehamilannya dan tidak pernah mendedahkan perkara tersebut kepada keluarga.
Nee juga memaklumkan bahawa dua hari sebelum kejadian, Bee hadir ke mahkamah atas kes berkaitan dadah dan diwajibkan melapor diri secara berkala.
Sementara itu menurut pihak hospital, keadaan Bee ketika tiba adalah sangat kritikal dan pembedahan untuk menyelamatkan bayi tidak dapat dilakukan
Kedua-dua ibu dan bayi disahkan meninggal dunia pada hari sama.
Menurut kenyataan pihak hospital, kematian Bee berpunca daripada kesesakan paru-paru serta penggunaan dadah.
Pihak keluarga masih tidak mengetahui siapa bapa kepada bayi tersebut dan Nee menyatakan bahawa mereka tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang. -Agensi