suria

Rasa nak simbah kuah ke muka! Wanita tahan sabar layan perangai rakan serumah, senyap-senyap ‘rembat’ udang dalam periuk

Hidup sebagai rakan serumah perlu ada sikap toleransi. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila dia terpaksa menyewa bersama individu yang suka mengambil kesempatan atau bergantung kepada kemurahan hati orang lain.

Dilabel sebagai 'freeloader' dalam istilah moden, wanita berkenaan berkata teman serumahnya itu akan memberi pelbagai alasan jika diajak untuk berkongsi bil utiliti.

"Apabila ajak kongsi Wi-fi, air-cond dan mesin air, dia tak nak. Katanya jarang ada di rumah. Tapi apabila saya pasang, dia guna juga. Tapi saya bayar bil seorang," katanya memulakan perkongsian di Thread.

Ramai yang memilih untuk memasak bagi menjimatkan perbelanjaan. -Gambar hiasan

Tambah wanita itu, hatinya kembali membara dengan sikap rakan serumah berkenaan apabila makanan yang dimasaknya diambil tanpa rasa bersalah.

"Saya beli 10 ekor udang. Saya nak masak untuk makan malam dan bawa bekal keesokan harinya. Kemudian dia pun beritahu dah lama tak makan udang.

"Saya tak sampai hati, saya kata ambil la sikit buat rasa. Saya beritahu lagi, masak tu untuk bekal saya sekali esok. Lepas mandi saya nak makan, tengok tinggal lima ekor je," ceritanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram rakan serumah jahil agama, galak buat ‘video call’ dengan BF sampai nampak aurat orang lain... Melenting ditegur pasal solat

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram rakan serumah asyik ‘rembat’ makanan, terpaksa ketuk bilik cari suspek... Bukan seketul, dua ambil tapi sebekas!

Pengadu menegaskan yang dia tidak berkira namun tetap berasa sakit hati dengan sikap rakan serumahnya tersebut.

Apabila dia menyuarakan rasa tidak puas hati, rakan serumahnya membalas dengan kata-kata sinis dan menyentuh soal asal-usul.

"Apabila saya tegur, dia jawab susah la semua benda nak berkira. Katanya dia boleh bayar, dia tak hadap pun udang tu.

  • Seorang wanita kecewa dituduh berkira selepas berkongsi cerita tentang udang yang dibelinya.
  • Rakan serumahnya enggan kongsi bayaran bil utiliti tetapi tetap guna kemudahan  dalam rumah.
  • Wanita itu beli udang untuk makan malam dan bekal, namun rakan serumahnya turut makan tanpa izin.
  • Bila ditegur, rakan serumah membalas dengan sindiran sinis.
  • Wanita itu kini sedang pertimbang untuk berpindah selepas tidak tahan dengan sikap rakan serumahnya.

"Saya memang dah agak dah orang negeri ni jenis berkira. Saya tahan je tangan daripada simbah kuah udang dekat dia," katanya lagi.

Tambah wanita itu dia cuba menahan diri daripada bertindak di luar kawalan dan kini sedang mempertimbangkan untuk berpindah.

Komen netizen pada hantaran asal dibuat.

Hantaran dikongsikan wanita ini turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang memberi nasihat untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Sis kenapa lemah sangat. Jangan biar diri ditindas. Wi-fi tu tukar kata laluan, mesin basuh tu kasi ikat je dengan rantai besi. Air-cond pula sorok remote.

"Kalau dia tanya kenapa, cakap je kan tak nak bayar. Makan tu tak payah kongsi. Kasihan ke apa tak payah. Pandai-pandai la hidup," komen seorang netizen.

Artikel Lain