suria

“Awak sakit, kena berubat” - Wanita dedah taktik pak Ustaz ‘himpit’ isteri orang, sasar golongan ada masalah rumah tangga

Wanita kesunyian sering menjadi sasaran lelaki hidung belang. -Gambar hiasan

KISAH lelaki hidung belang yang bersembunyi di sebalik pakaian dan penampilan baik semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Di media sosial, seorang wanita dikenali sebagai Hanishaneem mendedahkan sisi gelap individu yang berperwatakan warak tetapi menghantar mesej berunsur lucah sebagai peringatan kepada umum.

Dakwanya, mereka yang memegang gelaran ustaz tidak terkecuali daripada melakukan maksiat sehingga digelar penunggang agama.

Golongan ustaz dikatakan menggunakan alasan 'gangguan' bagi mendekati manga. -Gambar hiasan

Golongan ustaz dikatakan menggunakan alasan 'gangguan' bagi mendekati mangsa. -Gambar hiasan

"Saya kongsikan kisah ini supaya lebih ramai berhati-hati dengan mana-mana lelaki, walaupun dia berstatus ustaz.

"Sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa si penunggang agama ni, ustaz pun begini... apatah lagi yang lain," luahnya menerusi hantaran di Thread.

Tangkap layar perbualan yang turut dikongsikannya.

Menyedari perkongsiannya itu akan memberi kesan besar terhadap imej agama, namun bagi Hanishaneem, dia perlu mendedahkan modus operandi golongan berkenaan.

Tambahan pula mereka menjadikan wanita berstatus isteri orang sebagai sasaran utama kerana tidak perlu bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gila seks ligat meraba dalam bas, siap ramas-ramas! Wanita sempat rakam, mengadu pada pemandu

ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati, lelaki disangka jodoh ajak borak lucah! Tiba-tiba cerita tidur tak pakai seluar, balas sepatah makin galak

"Tidak ada niat nak jatuhkan sesiapa apatah lagi mereka yang berstatus guru agama.

"Tapi demi umat, demi agama, demi maruah kami terpaksa dedahkan apatah lagi nama dia sekarang sedang meningkat naik dan banyak dijemput masjid-masjid serta maahad.

"Sasaran dia adalah isteri orang yang pada pandangan dia mungkin ada masalah rumah tangga, sebab dia tak perlu bertanggungjawab, tiada desakan nikah," tambahnya lagi.

  • Seorang wanita dedah ustaz berperwatakan warak tapi hantar mesej lucah.
  • Ustaz terbabit disifatkan penunggang agama, jadikan isteri orang sebagai sasaran.
  • Modus operandi: tawar rawatan perubatan untuk dekati mangsa.
  • Wanita itu nekad bongkar demi lindungi maruah dan beri amaran pada umum.
  • Netizen gesa dia dedahkan identiti ustaz dan lapor pihak berkuasa.

Menurut Hanishaneem, kebanyakan ustaz berhidung belang akan merapati 'wanita idaman' dengan menawarkan perkhidmatan rawatan.

"Modus operandi ustaz berhidung belang seperti ini adalah... awak sakit, kena berubat," katanya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya berikutan tangkap layar mesej yang dikongsikannya berbau lucah.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Tidak kurang juga yang memintanya untuk mendedahkan siapa individu terbabit supaya tindakan tegas dapat diambil.

"Jawapan biasa mereka ialah, semakin alim semakin banyak ujian, dasar penunggang.

"Memang ada sesetengah orang alim ni gila seks, personaliti nampak alim tapi sebaliknya.

"Kalau nak share, bagi details, janganlah jadi bodoh konon nak sorok-sorok nama ustaz tu. Lapor polis dan buat apa yang patut," demikian reaksi warga maya.

Artikel Lain