suria

Lelaki gila seks ligat meraba dalam bas, siap ramas-ramas! Wanita sempat rakam, mengadu pada pemandu

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki cuba meraba wanita di dalam bas.

MALANG nasib seorang wanita apabila dia menjadi mangsa gangguan seksual ketika menaiki sebuah bas, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @sha.aaz, mangsa sempat merakam gerakan tangan seorang individu dipercayai lelaki yang duduk ditempat duduk belakang.

Jelas kelihatan suspek sedang meraba-raba dan meramas kusyen yang diduduki mangsa.

Netizen mencadangkan supaya golongan wanita membawa jarum peniti sebagai alatan pertahankan diri. -Gambar hiasan

"Peringatan untuk kaum hawa!

"Entah apa la yang syok sangat, tak kira tempat. Asal ada peluang nak ambil kesempatan," kata wanita itu.

Bagaimanapun wanita itu tidak berkongsi maklumat terperinci tentang lakosi mahupun tarikh insiden berkenaan berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena gangguan seksual dalam masa 24 jam, jerit pun tak guna... wanita ini sedar sikap orang sekarang - “Penumpang lain hanya tengok ‘drama’ saja”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tangan menggeletar masa rakam” - Gadis hanya ingat pesan papa, ‘standby’ bukti gangguan seksual

Tambah wanita berkenaan, dia kemudiannya melaporkan tentang kelakuan suspek yang didakwa seorang warga tempatan kepada pemandu bas.

"Dah beritahu driver, dia marah lelaki tu.

"Dah kena amaran juga, kalau jadi lagi memang terus ke balai," katanya di ruangan komen bagi menjawab pertanyaan netizen.

Hingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 1.6 juta tontonan di TikTok.

Kalau ada jarum peniti dekat tudung tu, kau cucuk je jari gatal macam ni... biar padan muka.

NETIZEN

Tidak hanya di platform berkenaan, video sama turut dikongsikan semula di Twitter @bckupacc99.

Dia yang berang dengan kelakuan lelaki dalam rakaman berkenaan turut menasihati orang ramai agar tidak menjadi mangsa gangguan seksual.

"Saya pun ada girlfriend, adik dan kakak perempuan. Kalau naik bas saya suruh mereka tak duduk dengan orang asing. Apa-apa pun boleh berlaku. Risau semuanya.

"Anda semua kalau berlaku macam ni cepat-cepatlah mengadu dekat pemandu bas atau tukar tempat dekat situ. Memang kes macam ni berlaku je," katanya.

Antara komen netizen di Twitter.

Dalam pada itu, ada juga yang memberikan cadangan tentang cara yang boleh dilakukan untuk mempertahankan diri sekiranya berlaku perkara sama.

"Kalau jadi macam ni, orang perempuan tolong beritahu dekat lelaki lain yang ada dalam bas tu kalau tak berani nak bersuara dekat pelaku tu sendiri, jangan senyap dan biar je.

"Kalau ada jarum peniti dekat tudung tu, kau cucuk je jari gatal macam ni. Kau standby je lima hingga enam jarum tu. Kumpul-kumpul lepas tu cucuk! Biar padan muka.

"Ada seorang kakak ni kena raba dengan lelaki. Kakak ni menjerit, lelaki tu kata tak buat lagi. Tapi kakak tu menangis-nangis cerita. Pakcik pemandu tu tak tunggu lama. Dia berhentikan bas tepi jalan, pergi arahkan lelaki itu

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain