suria

Korbankan koleksi tumbler Starbucks demi tanggung kos pembedahan ibu... Pemuda ikhtiar cari duit sendiri, tolak sumbangan ihsan

Seorang pemuda menjual koleksi tumbler Starbucks miliknya untuk membiayai kos pembedahan ibu.

DEMI kasih kepada ibu, seorang anak sanggup melakukan apa saja.

Ini termasuklah melepaskan koleksi bekas minuman (tumbler) daripada rangkaian jenama kopi terkenal Starbucks yang menjadi kesayangannya.

Daripada corak biasa yang menjadi kegilaan ramai hinggalah koleksi rebutan edisi terhad, semuanya sedia untuk dijual semula kepada mereka yang berminat.

Koleksi tumbler dijual pada harga antara RM150 dan RM160 setiap satu.

Niatnya cuma satu, hanya untuk menampung pembiayaan kos pembedahan ibunya.

"Saya melepaskan koleksi peribadi Starbucks untuk menampung kos pembedahan ibu. Boleh cuci-cuci mata and tolong RT (ulang kicau)," tulis seorang pemuda menerusi satu ciapan di Twitter.

Koleksi tumbler Starbucks yang dijualnya berharga antara RM150 dan RM160 setiap satu.

Perkongsian seorang pemuda di laman Twitter.

Menurut pemuda berkenaan, semua bekas minuman yang dijualnya merupakan koleksi peribadi dan belum pernah digunakan.

"Setiap tumbler adalah original dan masih mempunyai pelekat SKU (unit simpanan stok). Kesemua item yang dijual hanya mempunyai satu unit sahaja," katanya.

Semoga dipermudah segala urusan dan diberikan kesembuhan untuk ibu awak. Amin.

NETIZEN

Siapa sangka, dalam masa kurang 24 jam, sekurang-kurangnya berpuluh-puluh tumbler Starbucks yang selama ini menjadi koleksi istimewa peribadinya terjual dan menjadi milik orang lain.

Malah, pemuda itu turut terharu kerana menerima banyak mesej secara langsung (DM) daripada orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan wang tunai.

Antara koleksi tumbler yang dijual.

Menghargai bantuan tersebut, dia bagaimanapun terpaksa menolaknya secara baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami jual motor nak berniaga air balang di bazar, baru mula bisnes dah sakit seminggu... isteri harap dapat balik modal sebelum raya

ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes asam pedas tak laku, suami isteri terdesak nak jual Kancil... Jalan akhir sara 5 anak kecil - "Kami lebih risau hilang tempat tinggal"

"Terima kasih yang DM nak bagi sumbangan, tapi saya terpaksa tolak. Saya hargai sangat niat baik anda semua.

"Cuma, ada yang lebih memerlukan rasanya dan saya boleh usahakan lagi setakat ni..Terima kasih sangat," ujarnya.

Koleksi tumbler dijual beraneka jenis dan corak.

Pemuda itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai kos dan pembedahan ibunya.

"Terima kasih semua yang dah beli, yang dah RT dan yang mendoakan. Semoga Tuhan membalas kebaikan anda dengan perkara-perkara baik sepanjang hidup anda," kata pemuda itu lagi.

Setakat ini, ciapannya di laman Twitter meraih lebih 5,000 tanda suka (like) dan diulang kicau lebih 4,000 kali.

Antara koleksi tumbler yang terjual.

Menerusi ruangan bebenang, rata-rata pengguna Twitter mendoakan agar urusannya untuk menjual koleksi tumbler Starbucks dipermudah dan pembedahan ibunya berjalan lancar.

"Tak dapat nak beli tumbler di sini, tapi cuma mampu mendoakan awak dipermudahkan urusan dan juga berdoa agar ibu awak cepat sembuh. Amin.

"Semoga dipermudah segala urusan dan diberikan kesembuhan untuk ibu awak. Amin.

"Semoga Allah permudah segala urusan awak dan pembedahan mak. Semoga mak awak diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik selepas pembedahan," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain