suria

Ketupat pagi raya dah biasa, opah minta buat roti canai! Cucu berbaju kurung terus tunjuk skill, terpegun semua tetamu

Gadis ini sibuk menguli dan menebar roti canai pada pagi Syawal.

ORANGNYA cantik bak bidadari, malah berseni dalam membuat roti canai.

Begitulah kisah gadis ini yang mewarisi kepakaran bapanya menghasilkan juadah sarapan pagi kegilaan ramai ini.

Melalui satu video tular di TikTok, Nur Humayra Zaim, 24, dilihat cekap menguli dan menebar roti canai walaupun ayu berbaju kurung dan berkain songket pada pagi Syawal.

Menurut Humayra video tersebut dirakam di kampungnya di Bagan Datuk, Perak di mana rumah opahnya pada tahun ini lebih besar selepas melalui proses renovasi, membolehkan ramai saudara mara berkumpul untuk beraya.

"Satu family tahu ayah berniaga roti canai dekat gerai dia selepas bersara jadi pegawai polis pada awal umur 50-an. Ayah sekarang dah 62 dan ada gerai makan dalam Kem Kementah, Kuala Lumpur.

"Jadi nak dijadikan cerita, untuk raya kali ni opah tiba-tiba minta kelainan sikit, dia nak ada roti canai pagi raya. Biasanya kalau raya, kita ada ketupat, lemang, rendang, laksa, mi kari, tapi untuk family kami, ada roti canai.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu hati hanya gambar, video pusara anak di Madinah ubat kerinduan dari jauh, keluarga harapkan ada yang sudi ziarah Syawal ini

ARTIKEL BERKAITAN: Adik kesayangan meninggal dunia pagi 1 Syawal, tragedi beli ais batu masih segar... Kakak simpan tudung putih terakhir arwah

"Bila opah dah request, mesti la kita nak penuhi. Saya dah berbaju kurung, ayah dah berbaju Melayu, semua dah 'mood' beraya, tetap kami buat roti canai juga," kata Humayra ketika dihubungi mStar.

Humayra berkata dia sempat menunjukkan demonstrasi dan mempamerkan kemahirannya membuat roti canai kepada saudara maranya.

"Dari pagi sampai ke malam tetamu bertandang ke rumah, mereka nampak saya dan ayah masing-masing power buat roti canai. Mereka jadi kagum dan terpesona. Bukan senang pagi raya nak dijamu roti canai.

Nak buat roti canai ni tangan kena lembut, nak tebar ada caranya, saya dulu pun makan masa juga nak berlatih.

NUR HUMAYRA ZAIM

"Dicicah kuah dal dan kuah kari, memang 'surr'. Saya dah belajar buat roti canai dengan ayah dari zaman sekolah, kalau ada masa lapang je saya akan datang ke gerai untuk tolong ayah. Skill tu dah sebati dalam diri saya.

"Family yang tengok ada cakap macam senang je nak buat sebab nampak saya lancar menguli doh dan menebar. Lepas tu saya bagi mereka try, dan baru mereka tahu tak semudah yang disangka.

"Nak buat roti canai ni tangan kena lembut, nak tebar ada caranya, saya dulu pun makan masa juga nak berlatih," kata Humayra yang merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik.

Suasana di sekitar kampung halaman Humayra pada pagi Syawal.

Bercakap mengenai kepakaran bapanya membuat roti canai, dia berkata dia hanya belajar sendiri dan tidak berguru dengan sesiapa.

"Ayah bila dah bersara dia tak tahu nak buat apa, jadi nak isi masa lapang dia buka gerai makan. Pagi ayah jual roti canai, tengah hari ibu pula jual nasi ayam.

"Saya atau abang memang akan selalu datang ke kedai untuk tolong mereka apa yang boleh. Ayah memang rajin dan tekun ajar saya buat roti canai.

Abang Humayra juga turut membantu menebar roti canai.

"Dulu banyak juga doh tepung yang terbuang sebab nak bagi saya berlatih buat roti canai olok-olok. Tapi usaha itu membuahkan hasil dan sekarang saya boleh bantu ayah

"Waktu raya tu sebenarnya kali pertama saya buat roti canai setelah sekian lama berehat, sebab komitmen belajar. Tak sangka skill saya masih 'tajam' dan saya ingat lagi selok-belok semuanya," katanya.

Humayra berkata untuk Aidilfitri tahun-tahun seterusnya, amalan unik hidangan roti canai pada pagi Syawal akan diteruskan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain