suria

Dua kali kena gangguan seksual dalam masa 24 jam, jerit pun tak guna... wanita ini sedar sikap orang sekarang - “Penumpang lain hanya tengok ‘drama’ saja”

Pakaian yang dipakai oleh mangsa pada hari kejadian. Foto ihsan Ai

SEORANG wanita ditimpa nasib malang apabila mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual, bukan sekali tetapi dua kali dalam tempoh 24 jam!

Kisah hitamnya bermula semasa dalam perjalanan menaiki bas dari Petaling Jaya ke tempat kerjanya di Setia Alam, Shah Alam, minggu lalu.

Menurut wanita itu, seorang lelaki yang duduk di sebelahnya di dalam bas menunjukkan kemaluannya sambil melakukan perkara tidak senonoh.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pegawai JPJ Tanya 'Bawah' Ada Tindik Tak?” - Remaja 17 Tahun

ARTIKEL BERKAITAN: "Mangsa tak minta bapa mereka dimaki, dihukum" - Aktivis dedah budak 4 tahun diliwat dalam bilik penuh DVD lucah

Hanya mahu dikenali sebagai Ai, wanita berusia 29 tahun itu menyedari tindakan lelaki berkenaan apabila bas berhenti di Klang untuk menurunkan penumpang.

“Masa tu kira-kira pukul 7.50 pagi, saya nampak dia melakukan onani. Saya terkejut dan tegur dia apa yang dia buat dan tumbuk lengan dia.

“Saya kemudian berdiri dan menjerit, bukan sekali tetapi dua kali dalam bahasa Melayu dan Inggeris untuk beritahu mengenai tindakan lelaki itu,” kata kepada mStar.

Seorang netizen menyalahkannya kerana berwajah cantik sehingga menjadi mangsa gangguan seksual.

Ai berkata, walaupun jeritannya meraih perhatian penumpang di dalam bas sehingga semua memandangnya tetapi malangnya tiada seorang pun tampil memberi respons.

“Semua hanya pandang saya sedangkan saya jerit sekuat hati beritahu apa yang lelaki itu telah buat. Pemandu bas pun dari jauh sempat menoleh tapi tak berbuat apa-apa.

“Lelaki yang buat gangguan seksual tu sempat bangun dan keluar dari bas untuk melarikan diri. Penumpang lain hanya tengok ‘drama’ saja,” katanya.

Sudahlah saya marah sebab tertengok kemaluan uncle tu, bertambah marah dan kesal dengan sikap orang di sekeliling. 

AI

Ai yang berasal dari Tawau, Sabah kesal dengan tindakan penumpang bas yang tidak prihatin dengan insiden yang menimpanya.

“Sudahlah saya marah sebab tertengok kemaluan uncle tu, bertambah marah dan kesal dengan sikap orang di sekeliling. Dalam bas tu ramai orang tapi semua buat ‘dek’ je.

“Tapi saya akui sebab tak ada bukti, telefon pun dalam beg tak terfikir nak keluarkan untuk rakam apa yang dia buat dengan mukanya sekali,” katanya sambil menggambarkan pelaku berusia lingkungan 40an, rambutnya mempunyai sedikit uban dan berbadan gempal.

Perkongsian pengalamannya menjadi mangsa gangguan seksual di laman sosial Twitter kemudian dibalas dengan komen seorang netizen yang tidak disangka-sangka.

“Bukan nak salahkan mangsa kak. Tapi kalau kak tak nampak ‘benda’ tu, ‘benda’ tu tak jadi masalah pun. Kenapa yang kak nak tengok juga,” ujar seorang netizen. 

“Mungkin itu cara uncle tu meluahkan emosi dia tengok perempuan cantik. Tak boleh salahkan dia sama,” tambah netizen berkenaan.

Mesej berbaur lucah yang diterima Ai secara peribadi menerusi akaun Twitter.

Ai yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu menegaskan pada hari kejadian dia berpakaian sopan dengan berhijab dan berbaju kurung.

Bukan sekadar di dalam bas, dia yang bekerja sebagai kerani sekali lagi berdepan dengan gangguan seksual dan kali ini menerusi mesej secara peribadi di akaun Twitternya.

Seorang pemuda mendakwa wajahnya mengghairahkan sehingga mendorong pelaku bersikap tidak senonoh terhadapnya, sambil membuat pertanyaan berbaur lucah.

“Saya kemudian membuat laporan polis pada Ahad lalu berhubung mesej berbaur seksual kepada saya. Saya juga disarankan untuk membuat laporan polis terhadap seorang netizen yang membuat kenyataan berbaur fitnah yang mendakwa saya sebagai punca uncle tu berkelakuan lucah,” katanya.

Tidak mengalami trauma, sebaliknya kejadian yang berlaku menjadikan Ai lebih kuat sebagai seorang wanita dalam mempertahankan maruahnya.

“Jangan jadi macam saya, jerit saja tapi tak ada bahan bukti sampai orang tak nak tolong saya. Kalau ada kes macam ni, jangan takut atau diam, rakam untuk dapatkan bahan bukti dan mendapatkan bantuan orang lain secara senyap-senyap supaya pelaku tidak dapat melarikan diri,” katanya.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my
seksual, kemaluan, lucah

Artikel Berkaitan

Artikel Lain