“Tangan menggeletar masa rakam” - Gadis hanya ingat pesan papa, ‘standby’ bukti gangguan seksual - Viral | mStar

“Tangan menggeletar masa rakam” - Gadis hanya ingat pesan papa, ‘standby’ bukti gangguan seksual

NIAT gadis ini hanya mahu berkongsi pengalaman mengenai gangguan seksual yang dialaminya tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila dia pula dipersalahkan netizen kononnya sengaja mahu mencari publisiti murahan.

Mangsa gangguan seksual tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Sarah ketika dihubungi mStar Online berkata dia tidak mengendahkan kecaman tersebut kerana merasakan tindakannya itu betul.

“Saya post video tu sebenarnya untuk beri kesedaran bukan saja-saja nak orang lain kata saya bagus. Lagipun saya tak jangka benda ni akan jadi viral.

“Kalau orang kata saya batak viral ke saya nak famous ke, saya buat tak tahu je sebab mereka tak berada di tempat saya.

“Sebab tu bila orang kecam, saya buat tak tahu sahaja. Saya hanya fikirkan tentang keselamatan diri saya sahaja, orang boleh kata apa sahaja sebab mereka tak pernah kena lagi,” katanya.

Sarah mengikuti kelas boxing selepas insiden tersebut.

Menurut gadis yang bekerja di sebuah gimnasium itu, dia memberanikan diri untuk merakamkan perbuatan pelaku yang cuba melakukan serangan seksual terhadapnya kerana sudah berperang mulut dengan lelaki terbabit.

“Pada mulanya saya tak terfikir nak rakam. Jadi saya tanya dia dulu apa dia tengah buat tapi dia kata dia tak buat apa-apa. Lepas tu bila saya tengah bertekak dengan dia, adalah dalam seminit dua, dalam hati saya kata lebih baik rakam sebab kalau jadi apa-apa senang.

Saya ternampak dia keluarkan k**** dia. Dia macam gosok sesuatu lepas tu pandang belakang dan ulang benda sama banyak kali. Sebab tu saya menggelabah dan terus menjerit.

SARAH

Mangsa gangguan seksual

“Lagipun papa saya ajar kalau ada orang ganggu saya kena rakam untuk tunjuk bukti. Sebab tu saya rakam kalau nak buat laporan polis senang ada bukti dan orang tak nak sekadar kata-kata sebab kata-kata ni kosong.

“Bila tengah rakam tu yang saya maki dia dekat situ. Saya halau dia dan video jadi setengah dan muka pun tak nampak sangat sebab tangan saya tengah menggeletar masa rakam. Jadi saya terus hentikan video dan pemandu bas pun turut halau dia keluar,” katanya.

Sarah berkata dia terpaksa menjerit dan memaki pelaku tersebut di dalam bas dinaiki mereka kerana ternampak dia sedang melakukan perbuatan tidak senonoh.

Antara komen pengguna media sosial berhubung video tersebut.

“Saya ternampak dia keluarkan k**** dia. Dia macam gosok sesuatu lepas tu pandang belakang dan ulang benda sama banyak kali. Sebab tu saya menggelabah dan terus menjerit.

“Masa tu saya tak boleh fikir apa dah , saya jadi marah sangat waktu tu. Saya terpaksa jerit maki dia sebab saya tak reti lawan, jadi saya terfikir saya patut jerit. Kalau saya biarkan, kalau dia p***** nanti macam mana?,” soalnya.

Ditanya mengenai reaksi pemandu bas semasa melihatnya menjerit dan memaki lelaki tersebut, Sarah berkata pemandu berkenaan turut meminta lelaki tersebut supaya keluar daripada bas.

“Pemandu bas hanya suruh dia keluar. Dia tak boleh buat apa-apa sebab takut jadi apa-apa masa tu memandang bas berada di tengah jalan.

“Lagipun hanya ada enam orang sahaja dalam bas itu semasa kejadian berlaku,” katanya yang pernah dua kali melihat kelibat pelaku tersebut di stesen LRT sekitar Ampang sebelum kejadian itu menimpanya.

Paparan skrin video viral berkenaan.

Bercerita lebih lanjut mengenai perlakuan tidak senonoh lelaki itu, Sarah berkata dia menyedari ada sesuatu tidak kena dengan pelaku sebaik keluar daripada stesen LRT Cempaka.

“Sebaik keluar LRT dia nampak mencurigakan. Tiba-tiba dia datang dari hujung pergi dekat tiang depan, dekat situ dia pandang saya lama. Saya buat tak tahu saja sebab saya tak nak buruk sangka.

“Tapi saya nampak dia tengah gosok sesuatu tapi saya abaikan waktu tu dan hanya fikir positif. Saya naik bas 351 dekat LRT Cempaka. Pada awalnya lelaki tu macam teragak-agak nak naik bas tu tapi saya dah boleh agak dia mesti nak naik bas sama.

“Saya pun tak sangka dia pilih duduk dekat kerusi bersebelahan. Memang silap besarlah dia waktu tu sebab saya dah marah sangat tengok perlakuan tidak senonoh dia tu,” katanya.

Bagaimanapun Sarah terkilan kerana netizen menyalahkan pemakaiannya sebagai punca lelaki tersebut melakukan gangguan seksual terhadap dirinya.

“Orang pertikai saya pakai legging. Ya masa kejadian saya pakai legging (seluar ketat) tapi jenis tebal (untuk pergi gym) dan sweater labuh saiz L jadi tak nampak paha dan dada.
 
“Lagipun saya kerja dekat gimnasium, jadi orang kena faham saya punya pakaian pergi kerja macam mana. Saya memang hari-hari bawa sweater tu pergi kerja. Jadi saya kena pakai ikut skop kerja saya.
 
“Saya terima orang kata pakai legging ketat, pendapat orang lain-lain jadi saya tak boleh samakan pendapat orang. Sebab tu saya pilh diam.
 
“Memang perempuan kena jaga aurat tapi kalau awak pakai niqab sekali pun, awak botak ke, awak ada kurap ke kalau lelaki tu dah sangap mereka tak kisah pun semua tu.
 
“Sedangkan bayi yang tak berdosa pun jadi mangsa. Memang perempuan kena jaga aurat tapi lelaki pun harus jaga pandangan mereka juga,” katanya.
 
Dalam pada itu, Sarah turut menjelaskan bahawa perkataan lelaki gila seks yang ditulis dalam postingnya merujuk kepada pelaku yang melakukan serangan seksual terhadapnya.
 
“Mereka kata kenapa nak tuju semua lelaki gila seks? Mereka kena baca full thread, orang Malaysia memang macam ni, dia tengok dulu tapi dia tak kaji. 
 
“Sebenarnya perkataan orang gila seks tu saya tuju dekat orang yang ganggu saya bukan (tuju) kat semua lelaki. 
 
“Saya sedih jugalah sebab orang sampai kaitkan teman lelaki saya. Mereka samakan dia (teman lelaki)  gila seks. 
 
“Sebab tu saya tak respons bila mereka kutuk kata saya ni orangnya confirm gemuk. Biarlah mereka nak kata apa,” katanya yang memberitahu rata-rata kecaman yang diterimanya daripada golongan lelaki.
 
Susulan itu, Sarah turut menasihati orang ramai terutamanya wanita supaya lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling selain membawa bersama semburan lada setiap kali keluar rumah.
 
“Saya bukan nak buat promosi semburan lada ya… tapi sekurang-kurangnya kena ada sebotol di dalam beg. Andai berlaku sesuatu sekurang-kurangnya ada alat untuk mempertahankan diri.
 
“Tambah pula pelaku aktif sekitar LRT Ampang. Saya pernah nampak dia dua kali tapi masa tu dah malam. Kulit dia gelap tak nampak sangat tapi saya perasaan dia guna beg sama,” katanya yang akan membuat laporan polis berhubung insiden itu.
 
Video perkongsian Sarah mengenai perlakukan tidak senonoh seorang lelaki di dalam bas menjadi tular di Twitter dan mendapat hampir sejuta tontonan sejak dimuatnaiknya pada Ahad lalu.
 
Posting itu turut diulang kicau 29,600 kali dan mendapat 11,000 tanda suka.
 
Kebanyakan netizen terutamanya wanita berterima kasih kepada Sarah kerana memaklumkan mereka mengenai insiden itu selain memuji tindakan beraninya.
Sarah , gangguan seksual

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Model buta sebelah kerana tatu mata

Tommy Thomas letak jawatan Peguam Negara