“Kami nak bagi ayah kalah…” - Anak pasangan comel main ‘Pie Face Showdown’ - Viral | mStar

“Kami nak bagi ayah kalah…” - Anak pasangan comel main ‘Pie Face Showdown’

Aksi suami isteri bermain permainan popular, Pie Face Showdown tular di media sosial selepas dimuat naik anak mereka. Foto Nur Mastura Muhamad

KEJUTAN menjadi antara saat yang dinanti-nantikan seseorang menjelang sambutan hari ulang tahun kelahiran, malah ia merupakan agenda kemuncak bagi hari istimewa itu.

Begitu juga dengan seorang anak yang mengejutkan ibu bapanya dengan merakam gelagat mereka berdua bermain permainan popular ‘Pie Face Showdown’.

Cutest players ever. Happy birthday Mak! (Pemain paling comel. Selamat hari jadi mak!),” tulisnya pada video yang dikongsi di akaun Twitter @mememuhamad pada Ahad lalu, sehingga tular sejak Isnin.

Paparan skrin video yang dimuat naik di Twitter @mememuhamad.

Video berdurasi 14 saat itu menunjukkan ibu bapanya bermain permainan tersebut dengan krim diletakkan pada peranti dan selepas ditekan berulang kali oleh kedua-dua pemain, ia akhirnya terkena muka ibunya, lalu mencetuskan aksi lucu dan gelak tawa mereka sekeluarga.

Nur Mastura Muhamad yang memuat naik video tersebut berkata, momen lucu itu dirakamkan semasa percutian mereka sekeluarga sempena sambutan hari ulang tahun ibunya ke-55 di Melaka, Sabtu lalu.

Gadis berusia 27 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Meme memberitahu, permainan itu baru dibelinya khusus untuk sambutan ulang tahun itu memandangkan ia sesuai untuk dimain oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Sambutan hari ulang tahun kelahiran Nor Faridah bersama keluarga di Melaka, Sabtu lalu.

“Saya sengaja beli untuk mak dan ayah main permainan ni. Mulanya mereka segan sebab permainan ni nampak untuk orang-orang muda, tapi mereka main juga.

“Asalnya kami nak bagi ayah yang kalah sebab mak 'birthday girl', tapi tengok-tengok mak yang kalah sampai krim terkena pada muka dia. Kami sekeluarga memang asyik ketawa melihat gelagat mak dan ayah yang memang lucu,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Meme yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu menyifatkan kedua ibu bapanya sebagai seorang yang periang dan suka berjenaka.

Asalnya kami nak bagi ayah yang kalah sebab mak Birthday Girl, tapi tengok-tengok mak yang kalah sampai krim terkena pada muka dia.

Nur Mastura Muhamad

Anak pasangan comel main permainan 'Pie Face Showdown'

“Apa yang anda lihat dalam video tu, begitulah mak dan ayah saya yang sebenar. Walaupun sudah berusia, tapi mereka berjiwa muda,” katanya sambil menambah ibu bapanya telah membina rumah tangga selama 35 tahun.

Sementara itu, ibu Meme iaitu Nor Faridah Jamaluddin, 55, berkata, dia tidak menyangka video aksinya bermain permainan itu bersama suami, Muhamad Zakaria, 60, dimuat naik anak perempuannya di laman sosial.

Ini kerana anak jati Kuala Lipis, Pahang itu berkata suaminya agak keberatan untuk video itu dilihat orang lain kerana berasa malu dengan aksi lucu mereka sendiri.

Nor Faridah dan suami, Muhamad digambarkan anak-anak mereka sebagai periang dan suka berjenaka.

“Sebelum ‘gathering’ pada hujung minggu lalu, anak saya telah pun berkongsi gambar permainan yang baru dibelinya menerusi aplikasi grup sembang WhatsApp.

“Saya ingatkan permainan tu untuk anak-anak dan cucu-cucu saya, tak sangka pula saya dan suami pun turut main sekali. Tapi macam anak-anak muda cakap sekarang, layankan je... jadi saya pun mainlah berseronok bersama keluarga,” katanya yang kini mempunyai empat cucu.

Nor Faridah yang bertugas sebagai kerani di Kuantan mengakui amat terhibur bermain permainan itu buat pertama kali dan pengalaman baharu itu cukup bermakna pada hari ulang tahun kelahirannya.

Gelagat keluarga ini cukup mencuit hati.

Namun gurauan anak-anaknya pada hari terakhir percutian mereka selama tiga hari dan dua malam pada Ahad lalu menjawab persoalannya selepas video tersebut tular.

“Semasa kami makan di restoran, kakak Meme beberapa kali kata ‘Mak nanti kalau dah famous (terkenal), jangan lupakan kami ya’. Saya masa tu tak faham walaupun anak-anak saya asyik ketawa bila ia disebut banyak kali.

“Bila video pasal saya dah tular sampai kawan-kawan pun perasan, barulah saya tahu apa yang mereka cuba sampaikan. Saya ok saja, sentiasa ceria dan happy go lucky,” katanya secara berseloroh.

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain