KENANGAN menyambut lebaran ketika zaman kanak-kanak paling tidak boleh dilupakan malah ia kekal menjadi memori indah selama-lamanya.Namun bagi seorang gadis ini, dia seboleh-bolehnya mahu melupakan kenangan menyambut hari raya kerana trauma dengan ahli keluarga sendiri. Dedahnya, dia tidak mempunyai memori menggembirakan tentang raya sebaliknya kenangan pahit apabila mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ahli keluarga sendiri."Dari dulu saya tak suka raya. Masa raya la saya jadi mangsa gangguan seksual! Pelaku adalah lelaki yang juga ahli keluarga sendiri.Aidilfitri sepatutnya menjadi kenangan indah buat setiap individu. -Gambar hiasan AI"Saya kena 'skodeng' masa mandi dan diraba sewaktu tidur. Alhamdulillah, setakat itu saja. Ada orang kena lebih teruk seperti dirogol."Tapi, saya tetap trauma dan bertahun tak percaya lelaki," tulis gadis itu menerusi hantaran di Threads miliknya. Dalam hantaran sama, gadis itu turut berpesan kepada individu dewasa agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi kanak-kanak daripada pemangsa.Seorang gadis akui tidak mahu ingat kenangan beraya waktu dulu-dulu.Dia mendakwa pernah dicabul sepupu ketika pulang beraya di kampung.Dia juga pernah diintai oleh ahli keluarga lelaki ketika sedang mandi.Ramai pelayar Thread berkongsi mereka juga berdepan situasi sama.Ringkasan ini dijana oleh AI"Anak perempuan biarlah ada ruang sendiri. Tak ada maknanya nak erat hubungan bila tidur lambak (beramai-ramai). "Ia menyusahkan dan membuka ruang untuk berlakunya perkara tak diingini," tulisnya lagi.Di ruangan komen, pelayar Threads turut berkongsi pandangan mereka tentang budaya tidur beramai-ramai ketika pulang ke kampung.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas kakak ipar kerja cikgu berat tulang, balik raya tapi enggan bergaul - “Dia bawa bekal makan dalam bilik”ARTIKEL BERKAITAN: Ramai mak ayah buat silap, sesuka hati ‘gabung’ duit raya anak... Isu remeh tapi boleh jatuh haram!"Saya tak pernah suka konsep tidur lambak. Kononnya nak eratkan hubungan kekeluargaan. Aurat dan batas tak dihiraukan."Tidur kena asing-asing walaupun budak-budak. Ia bukan berlaku masa tidur je. Masa bermain pun mak ayah kena pantau."Sejak kami akil baligh, memang balik hari je kalau ziarah ke kampung. Dah tak tidur di kampung," tulis netizen.