Segelintir wanita yang bergelar menantu sememangnya berdepan cabaran untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mentua. -Gambar hiasan AI
DALAM sebuah perkahwinan, penyatuan dua hati bukan sekadar melibatkan pasangan suami isteri tetapi keluarga kedua-dua belah pihak.Namun tidak semua ikatan pernikahan indah seperti diimpikan lebih-lebih lagi wujud jurang yang sukar dirapatkan, sebagaimana perkongsian seorang individu ini di laman sosial. Dalam hantarannya, dia meluahkan rasa simpati terhadap nasib kakaknya yang menjadi mangsa sindirian setiap kali pulang ke kampung sebelah suami hanya disebabkan tidak fasih bertutur dalam loghat negeri Kelantan.Tidak dinafikan perbezaan latar belakang dan budaya menjadi jurang dalam sesebuah perkahwinan. -Gambar hiasan AI"Kakak saya sentiasa rasa tersisih bila berada di rumah mentua. "Puncanya, bukan nak rasis. Tapi kenyataan apa yang dia alami dan luahkan. (Sebab) tak pandai kecek (bercakap) Kelate (Kelantan)," tulisnya. Menurut individu berkenaan, abang iparnya merupakan seorang suami yang baik namun sikap keluarga mentua sering membuatkan kakaknya berasa kecil hati.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Kelantan segan dengan negeri sendiri, dakwa banyak rumah tak jaga kebersihan - “Bila datang mesti terkejut beruk”ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restu"Abang ipar saya suami yang baik. Tapi kakak sering makan hati apabila topik atau ayat yang sama timbul setiap kali balik kampung suami."Doh dio pilih ore luar. Kalu cari ore tino klate kei mudoh (Dah dia pilih orang luar. Kalau cari wanita Kelantan kan mudah), dialog ini yang sering kedengaran oleh biras dan mentua," ceritanya.Walaupun berdepan situasi tersebut, individu berkenaan berkata kakaknya tidak pernah berputus asa menyesuaikan diri agar diterima 'masuk' ke dalam keluarga mentua, namun tidak membuahkan hasil. Seorang individu meluahkan rasa simpati terhadap kakaknya yang sering berdepan sindiran keluarga mentua.Kakaknya berasa tersisih kerana tidak fasih bertutur loghat Kelantan setiap kali pulang ke kampung suami.Walaupun suami bersikap baik, kata-kata sinis daripada biras dan mentua sering mengguris hati.Kakaknya sudah berusaha menyesuaikan diri dengan budaya keluarga mentua, namun masih tidak diterima sepenuhnya.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang memberi sokongan serta berkongsi pengalaman sama.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kakak dah cuba usahakan untuk 'masuk' dalam budaya Kelantan. Dah makan budu, tolong di dapur, tapi masih lagi kedengaran isu sama."Saya simpati dengan kakak yang kerap luahkan sebab kami dua beradik saja," kongsinya lagi.Tidak bersendirian dalam hal tersebut, ada dalam kalangan netizen berdepan situasi sama dan meminta wanita itu banyak bersabar dengan sikap keluarga mentua.Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan."Saya dah 33 tahun kahwin orang Kelantan. Banyak kali juga dengar mereka mengumpat tapi saya tak peduli. Saya buat apa perlu, sama ada suka atau tak, saya tak kisah."Cakap dekat kakak awak, jadi diri sendiri je. Tak perlu nak fikir. Tak tahu nak cakap apa, diam je."Saya orang Terengganu, jadi menantu keluarga Perak. Mula-mula terasing, ada yang suka ajuk loghat kampung saya. Lama-lama mereka suka je dengar saya sembang loghat 'Ganu'. Alhamdulillah, dah 12 tahun kahwin," antara komen netizen.