PESAKIT yang berada dalam keadaan koma lazimnya dikatakan melalui pelbagai pengalaman berbeza sebelum kembali sedar.Menurut seorang wanita, arwah bapanya juga pernah koma dan mendakwa mengalami situasi pelik sepanjang dia tidak sedarkan diri. "Berdasarkan cerita arwah papa, dia dah sampai ke alam yang semua tak nak. Dia duduk satu tempat, kemudian ada orang yang berwajah seperti papa datang.Semua insan perlu bersedia untuk berdepan kehilangan ahli keluarga. -Gambar hiasan AI"Orang tu jalan sekeliling dengan pegang rantai besi yang sangat besar, macam rantai kapal laut yang besar tu. Lepas sedar, papa terus taubat sampai rokok pun tak hisap."Dua minggu papa dalam unit rawatan rapi (ICU). Lepas tu dua bulan di hospital sebab kena serangan jantung. Lepas sedar tu, lama juga ambil masa untuk papa kembali normal," ujarnya.Dia bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci tarikh kejadian serta hospital tempat bapanya mendapatkan rawatan.Namun kata wanita itu, bapanya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir penghujung Ramadan lalu iaitu pada 18 Mac.Wanita kongsi pengalaman yang dilalui bapanya sewaktu koma.Bapanya mendakwa didatangi lelaki misteri dalam mimpi aneh.Bapanya berkongsi hal itu selepas dia sedar daripada koma.Wanita itu berkata bapanya sudah meninggal dunia Mac lalu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Lepas berbuka, papa kata nak solat. Dalam setengah jam kemudian, mama jumpa papa dah tak sedar. Sejadah atas lantai, papa terbaring atas katil."Dia berkain pelikat dengan pakai baju kurta. Kami semua tak tahu papa sempat solat Maghrib atau tidak. Al-Fatihah papa," tulisnya lagi.Menerusi hantaran di Threads itu, beberapa lagi individu turut berkongsi pengalaman masing-masing sewaktu koma.ARTIKEL BERKAITAN: “Bangunlah, jom main bola” - 55 hari koma, budak 8 tahun sedar lepas dengar suara rakan sekelasARTIKEL BERKAITAN: Lelaki terlantar koma lebih setahun, isteri mohon kebenaran mahkamah ‘ambil’ sperma suami untuk hamil"Saya koma lima hari. Rasa macam baru tidur sehari. Masa koma tu, saya ingat ada dua makhluk. Saya terjaga dan buka mata sebab kakak sahut nama saya."Saya pula ditidurkan tiga hari. Rasa macam tidur waktu malam dan bangun esok pagi. Alhamdulillah untuk kehidupan kedua, ibarat mati hidup semula."Saya koma tiga bulan sebab kemalangan. Ingat macam tidur je. Cuma ingat masa tu tidur di hotel sebab kemalangan masa nak pergi bercuti," tulis beberapa individu.