PENGAKUAN seorang wanita yang mendakwa pernah 'menikmati' susu badannya sendiri mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.Dakwa individu itu, susu badan memiliki rasa yang manis dan berlemak, malah boleh mengalahkan produk komersial yang dijual di pasaran. "Pernah rasa susu ibu? (Saya) pernah, susu sendiri. Manis sedap, memang betul sedap. Susu berjenama pun boleh kalah," tulisnya.Kedengaran pelik, namun wujud segelintir individu yang teringin mencuba susu badan isteri. -Gambar hiasan AISehingga artikel ini ditulis, hantaran yang dibuat menerusi aplikasi Threads itu menerima lebih 2,000 tanda suka dan turut dihujani ratusan komen.Menerusi hantaran sama, wanita itu turut berkongsi penjelasan tentang rasa susu badan serta manfaatnya buat manusia.Di ruangan komen, seorang lagi wanita turut membuat pengakuan berani sehingga mengundang kecaman netizen.Wanita dedah pernah rasa susu badannya sendiri.Pengakuan wanita itu tular di aplikasi Threads.Seorang lagi wanita mengaku campur susu badan dalam kopi suami.Netizen luah rasa terkejut membaca perkongsian dua wanita itu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya buat kopi, campur dengan susu saya. Suami minum dan dia kata cukup berlemak," tulis wanita itu.Bagaimanapun beberapa lagi pelayar Threads meluahkan rasa tidak percaya membaca pengakuan dua wanita itu.Untuk rekod, mStar sebelum ini pernah melaporkan ulasan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu sesi ceramahnya mengenai isu itu.ARTIKEL BERKAITAN: "Anak kau autisme sebab minum susu ibu" -Tak pernah hamil, mak angkat suami 'terpaling' tahu tentang bayiARTIKEL BERKAITAN: Buka cerita sedih, 2 hari anak tak minum susu! Wanita sangsi dapat mesej ‘stranger’ minta duit, siap sumpah tunjuk botol kosongMenurut UAI, suami dibenarkan minum susu isterinya dan perbuatan itu tidak haram dalam Islam.Jelasnya, dalam perkahwinan suami dianggap sebagai 'tuan' kepada susu isterinya dan tidak perlu meminta izin untuk minum.Namun jika seorang isteri ingin menyusukan bayi orang lain, dia perlu mendapatkan keizinan kerana susu tersebut dianggap sebagai milik suami.