suria

Buka cerita sedih, 2 hari anak tak minum susu! Wanita sangsi dapat mesej ‘stranger’ minta duit, siap sumpah tunjuk botol kosong

Individu itu mendakwa suaminya belum mendapat gaji sehingga tidak dapat membeli susu anak.

MAKIN lama makin kreatif.

Begitulah yang dapat dikatakan mengenai taktik licik scammer dalam talian yang terus memperdaya mangsa di seluruh negara.

Kali ini, seorang wanita mendedahkan dia menerima mesej WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang mendakwa dia memerlukan bantuan untuk membeli susu anaknya.

Menurut scammer tersebut, anaknya sudah dua hari tidak minum susu memandangkan dia masih lagi belum menerima gaji.

cammer2

Semakan mendapati nombor telefon individu itu direkodkan sebagai 'scammer susu anak' oleh mangsa-mangsa terdahulu.

"Assalamualaikum akak. Saya nak minta tolong sikit dengan akak... hari ni je untuk anak saya minum susu. Dari semalam lagi sampai sekarang belum minum susu. Habis stok susu anak saya.

"InsyaAllah akak, nanti suami saya dapat gaji 5 hari bulan ni saya bayar semula duit akak. Harga susu sepaket besar tu dalam RM28.90," ujar individu berkenaan.

Wanita itu terus membalas WhatsApp berkenaan dan bertanya mengenai identiti pengirim mesej berkenaan.

Jenis macam ni merosakkan kepercayaan dan prihatin kita dekat orang susah dekat luar sana.

NETIZEN

"Waalaikumussalam, ni siapa ya? Saya kenal awak ke? Saya tak tahu sebab gambar (profil WhatsApp) pun tak ada" soal wanita itu.

Scammer tersebut kemudiannya memperkenalkan namanya sebagai Nurul Anis dan sekali lagi meluahkan kisah sedih mengenai anaknya yang masih belum minum susu.

"Nurul Anis akak. Saya sangat-sangat memerlukan susu sepaket untuk hari ini dan saya minum. Dapat beli susu sepaket pun dah cukup. Anak saya kelaparan susu dah ni kak.

ARTIKEL BERKAITAN: Korek Tabung Haji buat ‘rolling’ modal kerja part time, wanita ini hilang 5 angka dalam seminggu! Tampil dedah modus operandi scammer

ARTIKEL BERKAITAN: Merana duit KWSP lesap! Hasrat cari ‘maid’ sambilan jadi mimpi ngeri, scammer selindung sebalik khidmat kemas rumah

"Allahuakhbar. Sebab esok suami saya baru dapat gaji akak. InsyaAllah akak, nanti saya bayar semula duitnya esok pagi.

"Demi Allah, akak saya sangat-sangat memerlukan susu anak hari ini," ujar scammer itu lagi.

Wanita yang menerima mesej itu kemudiannya membuat semakan melalui satu aplikasi dan mendapati nombor telefon berkenaan pernah direkodkan sebagai 'scammer susu anak' oleh mangsa-mangsa terdahulu.

scamer3

Individu itu bersumpah atas nama Allah dan mendakwa anaknya sudah dua hari tidak minum susu. (Gambar Hiasan)

Tangkap layar mesej scammer itu turut dikongsi di group Facebook B40 Buat Apa Harini sehingga ia meraih perhatian ramai.

"Jenis macam ni elok betul-betul susah. Merosakkan kepercayaan dan prihatin kita dekat orang susah dekat luar sana.

"Balas balik, minta alamat, nak hantar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) suruh ambil anak. Mak bapa tak mampu jaga.

"Banyak yang macam ni sekarang. Mohon hati-hati," tulis beberapa pelayar Facebook.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain