suria

Merana duit KWSP lesap! Hasrat cari ‘maid’ sambilan jadi mimpi ngeri, scammer selindung sebalik khidmat kemas rumah

Perunding takaful ditipu servis kemas rumah.

BERADA dalam minggu terakhir Ramadan membuatkan umat Islam sibuk membuat pelbagai persiapan termasuk mengemas rumah bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Maka tidak hairanlah iklan servis mengemas rumah yang sering muncul di media sosial seperti Facebook dihubungi orang ramai sehingga ada pihak yang mengambil kesempatan dan menipu pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas scammer jual baju online dari seberang! Guna taktik ‘petik’ nama Kastam ‘perah’ duit mangsa

ARTIKEL BERKAITAN: Awas scammer e-wallet! Kad kredit declined tapi berjaya top up RM700, juruwang mungkin dipukau atau ‘pening’ ketika kejadian

Menceritakan semula pengalaman ditipu dengan servis tersebut, Md Nor Izzudin Hamzah berkata, kejadian pada 23 April lalu berlaku dengan sangat pantas.

Malah dia tidak menyangka duit dalam akaunnya lesap selepas membuat tempahan servis mengemas rumah yang diiklankan di Facebook.

"Mula-mula saya tertarik dengan iklan servis membersihkan rumah yang ditawarkan dan terus menekan button WhatsApp yang diberikan dalam iklan tersebut.

Antara perbualan bersama scammer.

Antara perbualan bersama scammer.

"Dalam perbualan WhatsApp saya diminta untuk melakukan tempahan melalui aplikasi yang mereka suruh muat turun melalui link yang diberikan. Aplikasi itu bernama My Maid," coretnya di halaman Facebook.

Malah kata mangsa yang yang juga Perunding Takaful dan Perwarisan Harta Pusaka Islam itu, segala maklumat yang ditetapkan dalam aplikasi berkenaan diisi tanpa ragu-ragu bagi membolehkan tempahan servis dilakukan.

"Kemudian masuk dekat bahagian bayaran, hanya ada bayaran menggunakan FPX dan saya memilih untuk membayar menggunakan Maybank2U.

Facebook yang dipercayai scammer.

Facebook yang dipercayai scammer.

"Semasa hendak membuat bayaran, setiap kali saya masukkan username dan password akan berlaku error sedangkan saya yakin username dan password yang dimasukkan adalah betul.

"Disebabkan banyak kali cuba dan tidak berjaya, saya membuat tangkap layar transaksi yang tidak berjaya dan hantarkan semula kepada nombor tersebut.

"Apa yang pelik adalah semasa buka halaman perbankan internet tu, username dan password berada dalam halaman yang sama. Malah masa tu tidak keluar gambar keselamatan seperti yang sepatutnya," jelasnya ketika dihubungi mStar.

Ujarnya lagi, selepas dimaklumkan pihak terbabit kemudian melakukan semakan dan menunjukkan tempahan yang dibuat masih belum selesai.

Sebahagian transaksi yang dibuat.

Sebahagian transaksi yang dibuat.

Bagaimanapun, mereka akhirnya bersetuju agar bayaran dibuat selepas servis mengemas rumah dilakukan.

Namun tiba-tiba selepas dua jam dia menerima notifikasi transaksi perbankan.

"Dua jam kemudian, tiba-tiba saya terima notifikasi transaksi yang bukan saya buat. Mulanya hanya satu transaksi.

Laporan polis dibuat susulan penipuan transaksi.

Laporan polis dibuat susulan penipuan transaksi.

"Saya jadi bingung kerana tidak melakukan sebarang transaksi tersebut dan terus menghubungi Maybank Customer Service. Semasa menunggu customer service menjawab panggilan, dua lagi transaksi dilakukan dan habis semua simpanan yang ada dalam akaun sekelip mata.

"Transaksi berlaku tanpa ada permintaan TAC (Kod Pengesahan Transaksi) daripada nombor telefon saya dan tiada permintaan kebenaran pemindahan wang masuk dalam telefon. Perkara ini berlaku sekelip mata... tiga transaksi berlaku dalam masa yang sangat singkat telah menghabiskan segala duit yang ada dalam akaun saya," luahnya sedih.

Dalam pada itu, dia menyatakan nombor TAC tidak diperoleh semasa proses pemindahan dilakukan adalah disebabkan aplikasi My Maid yang dimuat turun mempunyai sistem malware dan berkemungkinan telah memintas mesej TAC kepada nombor telefon scammer tersebut.

Saya mohon semua untuk doakan supaya proses aduan berjaya dan duit yang hilang dapat dikembalikan semula.

MD NOR IZZUDIN

Kata Md Nor Izzudin, dia tidak menyangka scammer akan menggunakan kaedah sebegitu untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna dan mengeluarkan simpanan di dalam akaun.

"Saya mohon semua untuk doakan supaya proses aduan berjaya dan duit yang hilang dapat dikembalikan semula. Jumlah duit yang hilang agak besar bagi saya kerana ia termasuk wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan komisen yang baru diterima.

"Jadi saya nasihatkan supaya orang ramai berhati-hati dan tidak sewanang-wenangnya download atau menekan link yang diberikan individu tidak dikenali," katanya yang akan mengambil tindakan lanjut termasuk memohon bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Hantaran yang dibuatnya itu dikongsi lebih 6,600 pelayar Facebook dan rata-rata netizen turut mengakui pernah berhadapan dengan situasi sama.

Netizen yang pernah ditipu berkongsi kaedah menuntut semula duit yang lesap.

Netizen yang pernah ditipu berkongsi kaedah menuntut semula duit yang lesap.

"Tak dapat bang, adik saya sudah kena... pihak bank macam lepas tangan.

"Isi dispute form kemudian emel kepada bank. Saya sudah kena dua bulan lepas, selepas dua minggu hantar dispute form... Alhamdulillah dapat duit balik.

"Pergi bank dan mohon dispute form, isi semua transaksi yang tak dilakukan. Saya hari tu kena juga, bank minta isi dispute form dan ambil masa satu bulan juga untuk dapat balik duit RM800.

"Saya pernah terkena juga pada penghujung November 2021, kebetulan hari gaji saya nak buat tempahan sama macam ni... cuma saya jumpa iklan di Instagram. Duit dalam dua bank habis," komen beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain