suria

Bantal, dinding penuh tahi dan darah! Pengusaha hotel bajet bengang perangai jijik ‘puak’ LGBT, tak mahu bayar ganti rugi

Segelintir tetamu hotel meninggalkan bilik mereka dalam keadaan kotor. -Gambar hiasan AI

GOLONGAN lelaki berperwatakan wanita sering dipandang serong oleh masyarakat, lebih-lebih lagi apabila mereka melakukan sesuatu yang tidak disenangi ramai.

Menurut seorang wanita yang juga anak kepada pengusaha sebuah hotel bajet, ibunya juga mempunyai pengalaman kurang baik ketika berurusan dengan golongan berkenaan.

"Seorang pondan dan beberapa lelaki check in bersama-sama. Bantal, cadar, selimut, dinding, cermin, tingkap tandas dan tong sampah penuh tahi dan darah.

Hotel bajet sering dijadikan sebagai 'port' untuk melakukan maksiat. -Gambar hiasan AI

"Mak saya sangat marah sampai dia pergi jumpa pondan tu. Dia tak nak bayar ganti rugi. Mak cakap dia buat tak tahu je. Mak buang semua yang kena tahi tu. Nak je mak tonyoh cadar dan bantal tahi tu dekat muka dia. 

"Lain macam permainan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ni. Kita yang mendengar cerita itu pun rasa nak muntah," tulisnya menerusi hantaran di Threads.

Seorang lagi wanita turut berkongsi pengalaman buruk selepas golongan berkenaan menginap di sebuah unit kediaman milik keluarganya.

  • Anak pengusaha hotel kongsi pengalaman buruk terima tetamu yang datang menginap.
  • Dia mendakwa golongan pondan meninggalkan bilik dalam keadaan yang kotor dan jijik.
  • Dakwanya lagi, bilik didiami golongan itu dipenuhi dengan najis serta kesan darah.
  • Seorang lagi individu mendakwa inap desa keluarganya turut berdepan masalah sama.

"Puak ni memang perangai nauzubillah. Homestay keluarga saya sampai katil patah, kondom merata. Mereka buat pesta seks selepas check in.

"Lepas tu lari dalam keadaan homestay rosak teruk. Tolonglah jangan percayakan puak ini," tulis wanita itu pula di ruangan komen.

Beberapa lagi pelayar Threads turut meninggalkan komen masing-masing berhubung isu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pondan buat ‘live’ berbaju kurung siap pakai tudung, pelik ramai kaum Hawa puji seolah-olah tak berdosa!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dalam tandas, suami sergah pondan masuk tandas wanita - "Bangang sampai tak kenal jantina sendiri"

"Tahi anak dua ketul dalam lampin pakai buang pun dah busuk. Macam mana golongan ini boleh bernafsu?

"Kucing saya terberak atas cadar pun saya buang terus. Inikan pula tahi manusia.

"Sebagai pemandu e-hailing, sudah tiga kali golongan mereka ni buang gula-gula getah dan tisu dalam kereta," tulis beberapa individu.

Artikel Lain