suria
mStar - Urban.Versatil

Bintang Taxi Driver, Lee Je Hoon bakal bertemu peminat di Kuala Lumpur

Je Hoon bakal bertemu dengan peminat di Kuala Lumpur pada April depan.

PELAKON Korea Selatan, Lee Je Hoon bakal mengadakan sesi bertemu peminat di Kuala Lumpur sempena ulang tahun ke-20 penglibatannya dalam industri seni.

Acara bertajuk ‘2026 Lee Je Hoon FanMeeting [Our 20th Moment] in Kuala Lumpur’ itu dijadual berlangsung pada 11 April depan di Zepp Kuala Lumpur. 

Ia dianjurkan oleh Shanghai SanYanSiYu Cultural Creativity dengan kerjasama TopGallant Show.

Je Hoon popular menerusi drama siri Taxi Driver.

Menurut penganjur, acara itu menjadi momen istimewa bagi meraikan dua dekad perjalanan seni aktor berusia 40 tahun itu bersama peminat setia yang menyokongnya sejak awal pembabitan dalam dunia lakonan.

Je Hoon sebelum ini mencipta fenomena menerusi drama bersiri Taxi Driver yang melonjakkan namanya di peringkat antarabangsa. 

Kejayaan tersebut membolehkan Je Hoon meraih anugerah tertinggi (Daesang) di SBS Drama Awards pada 2023 dan 2025, selain menerima Top Excellence Award pada 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Lee Je Hoon masih kekal dalam Taxi Driver 3, buat peminat tak senang duduk

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit perut teruk sampai masuk hospital, Lee Je Hoon terpaksa berehat seminggu

Aktor berkenaan juga dikenali menerusi drama ikonik Signal, selain filem seperti Bleak Night dan Architecture 101. 

Antara karya lain termasuk Move to Heaven, Chief Detective 1958 serta filem Escape.

Sepanjang sesi acara tersebut, peminat berpeluang menikmati sesi interaksi eksklusif, persembahan khas serta peluang sesi tandatangan dan fotografi bagi peminat bertuah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain