suria

‘Move on’ tanpa toleh ke belakang cara Raf Yaakob hadap perpisahan, serah perjalanan hidup 100 peratus kepada Allah

Raf memegang prinsip untuk tidak menoleh kebelakang dalam hidupnya.

BEKAS suami pelakon Mawar Rashid berpendapat jika sesuatu hubungan itu tidak berbaloi dipertahankan maka perpisahan adalah jalan terbaik.

Raf atau Raden Ahmad Yaakob, 38, berkata, seseorang itu perlu menerima takdir yang sudah tertulis dan cuba meneruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang.

Pun begitu kata Raf, jika hubungan itu berbaloi dipertahankan maka perlu berusaha sehabis baik untuk mengekalkannya.

Raf 1

Raf banyak menyibukkan diri untuk 'move on' dengan perkara yang berlalu.

"Jika kamu rasa hubungan tersebut berbaloi (untuk dipertahankan) maka berjuang untuknya. Berjuanglah selagi mana anda mampu.

"Tetapi jika kamu rasa hubungan itu tidak berbaloi maka lebih baik anda tinggalkan dan teruskan hidup. Terima seadanya.

"Mungkin Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri anda," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid, Raf pilih jalan berpisah kerana tiada lagi persefahaman... Jaga hubungan baik demi anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dakwaan bakal bercerai, ini respons Mawar Rashid... Fazley Yaakob pula mohon doa baik-baik

Raf berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya ketika menjawab soalan pengikut yang bertanya pendapat dia mengenai soal perhubungan.

Dalam pada itu, Raf memberitahu dia menyibukkan diri dengan pelbagai perkara sebagai cara meneruskan kehidupan selepas mengalami kegagalan rumah tangga.

Bagi Raf, perkara paling menyeronokkan yang boleh dilakukan adalah dengan memberi fokus mencari wang.

553 1

Raf dan Mawar mengumumkan telah berpisah pada 23 November lalu.

"Tip move on bagi Raf adalah jadikan diri anda sibuk dan benda paling seronok adalah buat duit. Buatlah duit sebanyak mana yang anda boleh," ujarnya.

Menerusi hantaran berbeza, Raf berfikiran positif kerana sedar perjalanan hidupnya sudah diatur oleh Allah SWT.

"Kita jangan terlalu berfikir. Kita serah 100 peratus kepada Allah. Biarkan Allah yang mentadbir hidup kita kerana Dia mengetahui apa terbaik untuk diri kita.

Raf 2

Tidak sefahaman punca Raf dan Mawar berpisah.

"Jadi tenang, istiqamah dalam solat, banyakkan zikir, baca al-Quran... Insya-Allah akan tenang," jelasnya.

Pada 23 November lalu, Raf dan Mawar mengumumkan rumah tangga mereka sudah berakhir dengan perpisahan selepas lima tahun berkahwin.

Untuk rekod, Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, dan Raf disatukan sebagai suami isteri pada 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain