suria

Ibnor Riza semakin kritikal, belum sedar seminggu selepas pembedahan 

Ibnor Riza dilapor dalam keadaan kritikal.

SEMINGGU selepas menjalani pembedahan membuang air di kepala, keadaan penyanyi Ibnor Riza semakin kritikal dan masih belum sedarkan diri.

Isterinya iaitu Sarimah Suleiman, 51, berkata, Ibnor sepatutnya sudah sedarkan diri atau sekurang-kurangnya memberi tindak balas selepas tiga hari menjalani pembedahan.

"Keadaan suami saya ketika ini masih lagi sama. Tidak sedarkan diri sejak 2 Disember lalu iaitu hari dia melakukan pembedahan. Doktor memaklumkan tindak balas dia sangat perlahan ketika ini.

11

Ibnor menunjukkan tindak balas yang perlahan selepas pembedahan.

"Kalau ikutkan dalam dua atau tiga hari sepatutnya sudah ada pergerakan... Doktor juga akui pergerakan abang Ibnor perlahan," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Tambah Sarimah, ketika ini Ibnor masih lagi belum boleh menerima kunjungan pelawat kecuali ahli keluarga terdekat.

Dalam masa sama, Sarimah juga memohon supaya orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dan kesihatan Ibnor kembali pulih seperti sedia kala.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza belum sedar, masih ditidurkan selepas pembedahan di kepala... isteri kongsi perkembangan terkini

ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza mohon maaf jika ada silap sepanjang 37 tahun bergelar penyanyi, belum mengalah lawan kanser

"Saya mohon supaya orang ramai dapat mendoakan abang Ibnor dapat segera sedarkan diri seperti sedia kala," ujarnya.

Sabtu lalu, Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, menjalani pembedahan membuang air di kepala di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Bandar Tun Razak, Cheras selepas mengadu sakit kepala.

Ibnor 1

Ibnor telah masuk ke hospital sejak sebulan yang lalu.

Sarimah memberitahu pembedahan tersebut untuk membuang air di kepala susulan sel kanser limfoma dihadapinya sudah merebak ke bahagian otak.

Pada 19 Februari lalu, Ibnor tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk.

Dia mendapat tahu tentang kanser itu selepas melakukan pemeriksaan doktor susulan mengalami bengkak pada lehernya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain