suria

Mawar Rashid, Raf pilih jalan berpisah kerana tiada lagi persefahaman… Jaga hubungan baik demi anak-anak

Mawar dan Raf sahkan mereka sudah berpisah.

TEKA-TEKI status perkahwinan pelakon Mawar Rashid akhirnya terjawab apabila suaminya iaitu Raf Yaakob mengesahkan mereka memilih jalan untuk berpisah.

Dalam satu kenyataan, Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob memberitahu mereka sepakat untuk membawa haluan masing-masing kerana tiada persefahaman.

"Kami berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Hubungan saya dan Mawar akan terus baik," katanya.

raf 2

Pasangan ini kini memberi fokus untuk membesarkan anak-anak mereka.

Raf juga memberitahu fokus mereka kini adalah untuk anak-anak dan akan berbincang tentang hak penjagaan bersama.

Malah dengan rasa yang amat sedih dan berat hati, Raf memakumkan keputusan ini adalah jalan terbaik buat mereka.

"Fokus kami sekarang adalah untuk memberi segala keperluan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dakwaan bakal bercerai, ini respons Mawar Rashid... Fazley Yaakob pula mohon doa baik-baik

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid sudah kecewakan banyak pihak, tindakan buka tudung tak patut dicontohi

"Hak penjagaan bersama adalah sangat penting dan kami akan berbincang tentang perkara tersebut.

"Kami amat kecewa untuk berkongsi perkara ini. Bagaimanapun ia adalah yang terbaik buat kami," ujar.

Spekulasi keretakan rumah tangga Raf dan Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, mula menjadi bualan sejak Rabu selepas satu sumber mendedahkan pasangan ini perlu ke mahkamah syariah.

Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain